Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 7, 2009

Kenapa WAHABI



Sejak kes penahanan Dr Mohd Asri bekas Mufti Perlis oleh Jabatan Agama Islam Selangor sempat membuat Malaysia kecoh antara yang menyokong Dr Mohd Asri dan yang menentang beliau. Pelbagai isu telah dimuntahkan didada akhbar arus perdana dan media alternatif. Arakian sememangnya beginilah kisah yang saban waktu berlaku di negara yang tercinta ini. Sebagai rakyat kecil saya sempat merumuskan beberapa hal yang terjadi disebalik penahanan Dr Mohd Asri. Pertamanya saya tidak dapat mengelak untuk mengandaikan bahawa penahanan beliau bermotif politik atau design makernya adalah berhubungkait dengan perang saraf terhadap musuh-musuh politk tertentu. Alhasil harian perdana hari ini sedang membicarakan tentang isu fahaman wahabi pula. Kemana kes Dr Mohd Asri ? Jikapun beliau bersalah mereka sudah tahu bagaimana untuk berbuat terhadapnya apatah lagi jika beliau tidak bersalah seperti yang didakwa.

Saya pun berusaha untuk menghadam huraian tentang fahaman wahabi. Sesungguhnya ia tidak pula didakwa sesat oleh kerajaan. Jadi apa masalahnya. Akhbar utusan hari ini (7 November 2009) pula lain ceritanya, sekonyong-konyongnya sang Ustaz pun menghurai tentang fahaman wahabi dan dinukilkan tersesatlah orang-orang yang didakwa berpegang kepada fahaman wahabi. MasyAllah..aduhai sang penguasa ! masih terlalu banyak dangkalnya kamu terhadap ajaran RabbMU, masih terlalu banyak persoalan umat mu yang masih belum kamu perhitungkan, masih terlalu banyak gejala umat mu yang belum kamu uruskan.

Ironinya kisah penahanan Dr Mohd Asri hanyalah sebuah jalan yang dibentang bagi penguasa membahaskan masalah furu' secara bebas dikalangan umat demi meraih sokongan politik semata-mata dan akhirnya mengakibatkan perpecahan umat Islam. Maka pada ketika itu didakwa lagi kaum itu sesat dan kaum ini sesat. Sayugianya sang penguasa harus berusaha untuk melepaskan dari rasuah yang berleluasa, kepincangan SPRM dan Pihak Kehakiman masih diragui wibawanya. Polis yang sering menjadi alat pemerintah untuk memeras musuh-musuh politik atas nama keselamatan awam. Pemimpin-pemimpin politik yang tamak dan rakus dengan kuasa lantas melebarkan racun untuk merosak insitusi kefahaman masyarakat. PRU13 dikira-kira tidak lama lagi begitu juga ramalan PRK DUN Perak dan juga Sarawak. Semua ini berbau politik yang dashyat malah mengorbankan syiar Islam yang indah dan mendamaikan hanya semata-mata untuk meraih undi dari para penyokong sesebuah parti atas nama demokrasi.

Umat ini lemah dan jangan pula ia dilemahkan oleh pemerintah dengan tujuan yang keji. Sebetulnya masih banyak lagi ehwal yang perlu dilihat sebagai ancaman selain tentang wahabi. SIS misalnya mereka mendakwa tahu akan agama tapi aurat masih terdedah sana sini. Leberalisasi Islam dibiarkan begitu sahaja mendahului zaman. Seandainya pemerintah sudi untuk berwancana dalam angin yang segar tentunya timbunan ilmu silam akan dapat kita rungkaikan. Islam malah terus ditekan dan dihimpit dengan pelbagai isu yang tidak mampu untuk diselesai oleh masyarakat kebanyakan. Mereka peraih politik mendapat nikmat akan tetapi bencana bagi umat.

0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template