Related Posts with Thumbnails

Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti ku sepanjang minggu....akhir Ramadhan.

0 comments
Saya amat gembira malah memanjatkan rasa syukur lantaran pada hari ini saya berkesempatan menyertai Preview ESQ 165. Sebuah pendedahan tentang insan dimuka bumi ini. menarikan dalam detik waktu yang singkat ianya melahirkan banyak kesan yang mendalam pada diri saya.


Ermmm ada majlis sumbangan Hari Raya..oleh Seberkas Bintulu.
Pemimpin masyarakat dan penerima sumbangan.

Sunday, September 13, 2009

Sheerah diharap pulang menjelang Aidil Fitri

0 comments
Ali Hashim
Sun | Sep 13, 09 | 1:26:17 pm MYT
BUKIT MERTAJAM, 13 Sept: Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini tidak akan membawa apa-apa pengertian bagi keluarga Alias Othman, sekiranya anak kesayangan beliau, Norshafarani Alias tidak ditemui setelah menghilangkan diri sejak awal ramadan yang lalu.


Alias yang juga seorang kakitangan Majlis Perbandaran Seberang Perai melahirkan rasa sedih beliau ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Semang, Bukit Mertajam baru-baru ini.

Menurut beliau, Norshafarani yang lebih mesra dipanggil dengan panggilan Syerah adalah seorang pelajar cemerlang tahun akhir Politeknik Kulim, Kedah. Beliau sedang mengikuti jurusan kejuruteraan elektrikal.

"Saya tidak tahu bagaimana anak saya itu hilang kerana ketika kejadian saya dan isteri, Salmah Ahmad tiada di rumah kerana keluar untuk membeli keperluan bulan Ramadan.

"Pelbagai usaha telah dilakukan bagi mencari Syerah tetapi sehingga ke hari ini kelibat beliau tidak juga kelihatan. Oleh kerana itu saya amat berharap kepada sesiapa yang mengenali atau menemui anak saya ini supaya menghubungi saya atau mana-mana balai polis yang berdekatan. Sekiranya Syerah tiada maka Aidilfitri tahun ini tidak akan membawa apa-apa kemeriahan kepada kami sekeluarga," beritahu Alias.

Sebelum ini Muslimat PAS kawasan Permatang Pauh telah pun mengadakan majlis bacaan Yassin sebagai salah satu usaha supaya Norshafarani ditemui.

Image (Gambar: Sheerah yang hilang sejak awal Ramadhan)

Menurut ibu Norshafarani, Salmah Ahmad, beliau tidak dapat melelapkan mata selagi anaknya tidak ditemui.

"Saya merayu kepada sesiapa sahaja yang menemui anak saya atau tahu dimana beliau berada supaya segera menghubungi kami. Adik-adiknya juga amat merinduinya kerana mereka tidak pernah berjauhan selama ini."

Sehingga ini Norshafarani juga tidak hadir ke kuliah tahun akhirnya di Politeknik Kulim sejak awal Ramadan yang lalu.

Alias berharap mereka yang menemui anaknya supaya menghubunginya menerusi talian 016-483-3539 atau dialamat 257, Kubang Semang, 14400, Bukit Mertajam, Pulau Pinang._

Ibu tunggal saudara baru terlantar perlukan bantuan

0 comments
( TUNGGU TEDUH DULU SEBAGAI PENYAMBUNG LIDAH...SESIAPA DIKALANGAN PEMBACA YANG PEMURAH SILAKAN MEMBANTU)


Zabidi Morad
Sun | Sep 13, 09 | 12:29:22 pm MYT
ALOR SETAR, 13 Sept: Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.

Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela, mereka dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

�Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela," katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.

Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Image(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.

Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."

"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.

"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.

Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template