Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 29, 2009

Persoalan Kuil di Sek 19 dan Tindakan Pewaris

0 comments
KHALID SAMAD

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada phak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Orang yang mengetuai kumpulan tersebut datangnya dari Melaka! Dia menyatakan dia ‘mewakili rakyat’ dan tindakan ini terpaksa mereka ambil melalui persatuan NGO mereka yang bernama ‘PEWARIS’ kerana kerajaan PR masih berhoneymoon. Dia berkata penduduk sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan dan oleh itu penduduk memanggil mereka turun. Amat jelas, soal gelanggang silat dan sebagainya hanya satu helah. Sebenarnya mereka mahu provoke pihak kuil berkenaan.

Saya menyatakan 'wakil rakyat' di sini adalah saya, bukan dia (mungkin dia ingat dia masih di Melaka). Sekiranya dia ingin mewakili rakyat, dia patut turun bertanding dalam PRU yang akan datang. Saya juga memberitahunya bahawa yang ‘berhoneymoon’ selama 50 tahun adalah BN! Saya menjelaskan bahawa pihak kerajaan sedang menguruskan perkara ini dan kita harus diberi masa. Kalau BN tak dapat buat apa-apa dalam tempoh 20 tahun lebih, semenjak rumah-rumah mula didiami, takkanlah saya tidak boleh diberi tempoh setahun, kata saya lagi. Malahan, tambah saya, pada bulan 5 atau 6 tahun lepas, saya telah bertemu dengan penduduk di dewan Masjid Sek. 19 dan berbincang dengan mereka dan memohon tempoh setahun. Mereka telah bersetuju.

Orang Melaka ini terus menuduh bahawa PR mendiamkan diri bila orang India membina kuil-kuil baru di merata Shah Alam. Saya nyatakan tiada kuil baru dibina dan dia gelakkan saya. Saya beritahu dia, “tunjuk saya di mana kalau kamu bercakap benar!” Dia pun terus ke keretanya, minta saya ikut di belakang sambil dengan penuh keyakinan mengatakan, “mari, saya tunjuk awak”! Maka saya mengekorinya; hai orang Melaka ini yang menganggap dirinya lebih tahu Shah Alam dari orang Shah Alam. Akhirnya dia bawa saya ke sebuah kuil di tepi landasan keretapi di Seksyen 15. Saya beritahu dia kuil itu telah ada di situ “sebelum kamu dilahirkan ke dunia ini”. Dia diam dan terus kembali ke kuil Seksyen 19.

Tidak puas hati lagi dia mencabar saya sebaik sahaja kita sampai di Seksyen 19, “awak orang Melayu, orang Islam, kenapa awak sibuk sangat nak membela kuil ini”? Saya jawab, “kerana Islam mengajar saya supaya bertindak adil terhadap semua manusia. Mereka, walaupun bukan Islam, ada hak dan Islam menuntut kita menghormati hak mereka”. Dia diam. Seterusnya dia berkata dia tak tahu sangat soal agama ini.Saya menambah lagi, "kita marah bila Israel mengasari ummat Islam di Gaza, jangan kita pula mengikut perangai Israel".

Melihat dia mula teragak-agak saya pun menyatakan bahawa saya tahu Pewaris dan Pekida adalah NGO yang adik beradik. Penaung Pekida adalah PM maka semestinya begitu juga Pewaris. Kedua-dua NGO ini dikuasai oleh ahli UMNO. Saya tahu juga bahawa tindakan mereka ini, pada masa ini, ada hubung kait dengan PR kecil KT. Mereka ingin menimbulkan ketegangan dan masalah kaum supaya dengan itu mereka boleh menjaja keseluruh negara bahawa PR telah gagal menyelesaikan masalah ini di Selangor; dan Selangor sekarang ada masalah perkauman. Dia diam dan selepas itu dia menegur saya kerana buruk sangka, tetapi dia tidak menafikannya.

Dengan itu saya berundur. Saya memberitahu pegawai Polis dan juga pihak penguatkuasa MBSA yang berada di sana bahawa ini tugas mereka. Mereka kena menjaga keselamatan dan keamanan. Saya difahamkan walaupun gelanggang tidak dibina, namun mereka ingin teruskan kenduri mereka. Mereka kata mereka akan menjemput saya sekali. Saya menjawab, ikut undang-undang. Kalau pembinaan gelanggang dapat kelulusan MBSA, saya datang.

Kalau tidak, program Aman Palestine di stadium Melawati pada 10hb jam 10 pagi adalah tempat yang lebih afdal bagi saya untuk hadir, begitu juga dia!

WalLahu ‘Alam



NOTA PENTING
:
Minta disebarkan perkara ini kerana dijangka provokasi yang sedemikian rupa akan digunakan lebih kerap lagi menjelang PRK-KT, maka harus sentiasa berwaspada. Jangan kita terpedaya!

Thursday, August 27, 2009

GELAGAT.........MANUSIA.

0 comments
Oleh : roslan mohd





























Imej Islam yang sebenar ?

0 comments
Ketika sedang hangatnya kemelut hukuman rotan, saya sedang mentalaah beberapa hal yang berkaitan dengan ehwal perundangan dan asas-asas yang kukuh, tentunya asas yang kukuh adalah pentunjuk yang telah ditetapkan oleh syarak. Mungkin kaedah perlaksaannya yang harus dilihat secara holistik. Secara umumnya saya amat bersetuju dengan pandangan yang sederhana kerana Malaysia masih lemah asas penguatkuasaan undang-undang yang berasaskan syariah. Begitu banyak kepincangan keadilan yang berlaku.

Dan akhirnya saya tertarik dengan pandangan Dato Zaid Ibrahim, jangan kerana keghairahan kita lupa beberapa hal mengenai sikap dan konspirasi musuh-musuh Islam. disini saya paparkan pandangan Dato Zaid Ibrahim.

Dato' Zaid Ibrahim
Thu | Aug 27, 09 | 1:30:38 pm MYT

Rasa gembira dan puas hati selepas berkempen di Permatang Pasir bertukar menjadi gelisah dan penuh kebimbangan.







Dalam keadaan negara yang tak menentu di mana rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, api perkauman dimainkan oleh Umno dan media miliknya serta kes yang melibatkan kematian petugas Pakatan Rakyat, tiba-tiba YB Hasan Ali, Exco Selangor, mengeluarkan kenyataan pada hari membuang undi di Permatang Pasir bahawa orang-orang Islam yang didapati minum beer atau arak akan ditangkap oleh pegawai-pegawai Majlis dan Jabatan Agama yang akan diberi kuasa.

Apa niat sebenar beliau? Nampak nya begitu yakin sekali ketua PAS ini dengan kekuatan mereka sekarang hinggakan sanggup mengambil risiko ini.

Saya kata risiko kerana tidak cukup dengan itu, Hasan Ali juga akan menangkap orang Islam yang berkerja di tempat minumam itu dijual atau ada kaitan secara langsung dengan penjualan itu.

Mengikut laporan berita beliau menyatakan bahawa orang Islam yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, menyimpan atau membeli arak pula, jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Nampaknya ini akan melibatkan pekerja Melayu dalam hotel, bar, pub dan mana-mana tempat yang menjual beer atau arak seperti kedai runcit, kedai 7-Eleven dan banyak lagi. Drebar lori yang kerjanya mengangkat minuman haram itu juga mungkin dikenakan tindakan. Mungkin juga pegawai kastam yang menilai cukai barangan itu juga dikenakan tindakan.

Kalau kita ikut lojik YB itu, semua pegawai Perbendaharan dan Kementerian Kewangan juga bersalah kerana membenarkan beer dan minuman yang dianggap haram dijual di Malaysia, kerana ia membolehkan orang Islam membelinya. Saya tidak tahu bagaimana penguatkuasaan arahan seperti itu akan dilaksanakan tanpa kerumitan yang besar.

ImageSaya juga hairan mengapa Hasan Ali ghairah mahu menangkap orang dan tidak pula mencadangkan perkara yang lebih mudah dilaksanakan. Sepatutnya semua beer dan minumam keras diharamkan sahaja di seluruh Selangor, barulah ada keadilan sejagat.

Bukan ikan bilis saja jadi sasaran, malah orang elit pun tidak boleh atau selindung di sebalik undang-undang. Nanti bila PAS mengambil alih Putrajaya, boleh lah pula diharamkan beer dan minuman keras di seluruh negara.

Ini samalah seperti cara kerajaan mengharamkan dadah di negara ini. Inilah saja cara kita boleh memastikan orang Islam tidak dimalukan di khalayak ramai apabila didapati bersalah seperti keadaannya sekarang ini. Cara-cara yang lain hanya akan menyusahkan orang yang tak ada kena-mengena dengan perbuatan itu iaitu minum minuman keras.

Ketua Pemuda PAS pun tak kurang hebatnya kerana mendesak kerajaan supaya membatalkan konsert kumpulan pop Michael Learns To Rock yang akan diadakan di Genting tidak lama lagi.

Saya tak faham apa tujuan bantahan itu dibuat. Saya juga tak pasti sama ada puluhan ribu umat Islam akan ke Genting, tempat perjudian antarabangsa yang diluluskan oleh kerajaan, untuk menonton konsert itu.

Lagipun, kalau konsert itu tidak dibenarkan sekali pun, orang Islam yang berminat masih boleh menonton DVD kumpulan itu setiap hari.

Kalau pun tak ada DVD pun, masih boleh download dari internet atau mendengar lagu-lagu kumpulan itu di radio dan TV. Jadi apa hasil dari perbuatan mengharamkan konsert itu? .

Jangan lah ikut pemimpin BN/UMNO yang membenarkan konsert tapi kerana penaja konsert itu syarikat minuman keras maka orang Islam tidak dibenarkan menonton. Kita sudah menjadi Negara �apartheid� sekarang ini.

Bezanya kita guna agama untok memisahkan rakyat dan regim apartheid Afrika Selatan gunakan ras atau warna kulit . Jangan lah mengambil pendekatan mudah saperti BN dan UMNO. PAS mestilah menunjokan keupayaan membuat keputusan mentadbir yang lebih harmonis, lembut dan mengambil kira semua aspek kehidupan.

Kalau tidak rakyat yang lebih sederhana pemikiran dan amalan hidup mereka, dan dari golongan muda akan menganggap PAS parti yang eksterem. Ini akan menjejaskkan peluang PAS untuk memerintah Kerajaan Pusat.

Mungkinkah PAS sekarang tidak berminat lagi untuk menang pilihan raya atau memerintah Kerajaan Pusat kerana lebih suka berjuang untuk mengharamkan itu dan ini daripada menggunakan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana yang diajar oleh tokoh-tokoh besar Islam?

Malah, dari peringkat tertinggi PAS pula, Timbalan Presidennya Nasharudin Mat Isa mendesak kerajaan supaya mengekalkan hukuman rotan terhadap seorang wanita Islam yang didapati bersalah minum beer. Pemimpin PAS itu merasakan itulah cara terbaik untuk menunjukan amalan Islam kepada dunia.

Orang orang 'kafir' di Barat yang mendalam ilmu 'jurisprudence' hukum mereka, selalunya tidak mengenakan hukuman berat kepada orang yang melalukan kesalahan buat kali pertama, kecuali bila menerima hukuman mandatori.

Mereka mengambil kira fakta lain dalam pertimbangan mereka bagi pesalah kali pertama, terutama bagi yang orang yang telah mengaku secara sukarela bahawa mereka bersalah. Dalam kes wanita Islam itu, dia telah pun mengaku salah dan menyesali perbuatannya. Setahu saya cerdik-pandai agama Islam juga banyak bercerita tentang firman-firman Allah yang menggalakkan kita supaya memaafkan orang yang sedar perbuatan salah mereka.

Dalam hal ini saya menganggap tindakan dan kenyataan Perdana Menteri supaya hukuman rotan ini digunakan sebagai langkah terakhir atau 'last resort' adalah wajar dan berpatutan.

Ingatlah Islam bukan agama birokrasi; ia penuh hikmah dan kebijaksanaan. Kalau tidak masakan tamadun Islam begitu gemilang dan dihormati dunia pada suatu masa dahulu.

Jadi saya harap Mahkamah Syariah di Pahang tak payahlah tunggu pesalah membuat rayuan; mereka ada kuasa untuk menyemak dan mengkaji semula keputusan mereka, sama seperti mahkamah-mahkamah lain di dunia ini.

Saya juga berharap bahawa rakan-rakan PAS saya dalam Pakatan Rakyat supaya memikirkan semula perkara ini. Jika benar kita berjuang untuk menegakkan keadilan, perkara paling utama yang mesti kita perangi habis-habisan adalah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa serta perbuatan mengapi-apikan sentimen kaum dan agama.

Semua ini boleh menghancurkan masyarakat. Pengalaman menunjukan bahawa ada kerajaan Islam di luar negara hari ini yang ghairah nak tangkap dan sebat orang Islam masih bergelumang dengan najis rasuah dan penyelewengan.

Banyak pula anak muda mereka terjebak dengan dadah, dan mengandong tanpa bapa.

Banyak lagi perkara yang Pemuda PAS boleh memberi perhatian yang hasilnya tentu lebih memberi manfaat kapada orang Islam. Imej Islam yang macam mana kita mahu mempamerkan? _


Wednesday, August 26, 2009

Kem Ramadhan 2009

0 comments
Seramai 20 orang terdiri daripada kalangan remaja kidurong menyertai program tersebut. Tn Haji Mohd Seliman bin Haji Hambali sebagai penyelaras program, Manakala Fasilitatornya adalah ; Ismawi Ishak, Ustaz Ariffin dan Ustaz Saimon Kila.









Tazkirah di Ladang Setuan, Tatau, Bintulu.

0 comments
Saya turut mendapat undangan untuk menyampaikan tazkirah di Ladang Setuan, Tatau, Bintulu pada 28 Ogos mendatang, hanya beberapa hari lagi. Sebahagian warganya adalah pekerja-pekerja ladang dari Indonesia,Undangan ini pun ekoran daripada saya menyampaikan tazkirah tentang puasa di Surau Darul Iman, Kemunting, Bintulu. Kebetulan penduduk kariah disitu mengenali saya dan saya dipangil untuk menyampai tazkirah secara bidan terjun.

Sememangnya jika bukan atas semangat untuk memperbaiki diri, mungkin saya menolok pelwaan tersebut. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah dan dengan harapan saya turut mendapat mafaat daripadanya dan paling penting adalah ampunan Allah jua yang saya harapkan.

Program Ziarah Dakwah ke Kuala Segan, Bintulu

0 comments




Kedatangan Ramadhan kali ini membawa rombongan kami menziarahi Kampung Kuala Segan, Bintulu, antara aktivitinya adalah memberi sumbangan kepada insan yang memerlukan dikampung tersebut. Lawatan yang bermakna ini memberi kesedaran agar kita saling bantu membantu sesama saudara.

Monday, August 24, 2009

SIFAT KURANG AJAR RAIS YATIM

0 comments
Seketika RAIS YATIM mengeluarkan kenyataan yang amat kurang ajar malah melambangkan kebodohan akal dan ketinggian hati budi beliu sebagai insan. Memetik ucapan penghinaan RAIS terhadap Sunnah Nabi adalah amat menyedihkan. Sekalipun beliau membenci tuan guru maka adalah tidak patut menghina sesuatu yang menjadi sunah Nabi. Mulia sangat kah manusia bernama RAIS YATIM. media melaporkan Rais menyebut Nik Aziz boleh mengemukakan sebanyak mana pun saman yang dia nak, "mungkin lebih panjang dari serbannya."

Image








Apa kaitan antara saman dengan serban yang dipakai oleh Tuan Guru....? Saya berdoa semoga insan seperti ini diberi hidayah oleh Allah agar dirinya menyokong perjuangan Islam dan isterinya menutup aurat. Jika tidak manusia seperti inilah pengkhianat agama dan bangsa,

Air Mata Dalam Sujud

0 comments
By: agussyafii (Blog Cina Islam)

Ketika saya dalam sujud sholat tarawih malam ini, air mata mengalir begitu saja. Saya teringat wajah lucu seorang anak, saya suka memanggilnya ‘Adek’. Beberapa tahun lalu saya mengenal, wajahnya lucu, ayah meninggal karena kecelakaan. Adek suka bertanya pada saya, ‘Kak Agus benarkah ayah pergi ke surga?’ Saya menjawabnya dengan mengangguk. ‘Adek juga ingin ke surga,’ kata Adek berlari meninggalkan saya.

Hidup ini terkadang memang getir. Tidak saja kebahagiaan menghampiri, kedukaan dilewati begitu saja. Memaksakan diri untuk tidak merasakan apapun. Semakin ditekan sebuah perasaan, terasa semakin perih menyesak di dalam dada.

Adek enam bulan kemudian pergi ke surga menyusul ayahnya karena sakit DBD. Nyawanya tak tertolong, saya ikut mensholatkan dan juga ikut mengantarkan. Wajah Adek masih terbayang, hati bagaikan teriris. Air mata tak henti mengalir. ‘Ya Alloh, terimalah Adek sisiMu..’ doa yang saya panjatkan untuknya waktu itu.

Malam ini dalam sujud sholat tarawih entah kenapa wajahmu muncul dengan senyuman yang khas kekanak-kanakannya. Seolah mengabarkan bahwa dirinya telah berada di surga. Saya membacakan surat al-fatehah untuk Adek. Sementara itu air mata itu mengalir begitu saja membasahi pipi.

Wassalam,
Agussyafii

Lebih 6 tahun Syeikh al-Moayyad dizalimi Amerika

0 comments
Oleh: Imran al-Malizi
(imran_almalizi@ yahoo.com)
(Blog Cina Islam)

Selasa, 11 Ogos 2009, semenjak awal pagi Lapangan Terbang Antarabangsa Sana’a telah dikerumuni beribu-ribu warga Yaman sambil membawa kain rentang dengan pelbagai slogan bagi menyambut kepulangan seorang tokoh negara yang dirindui.

Seluruh lapisan masyarakat yang terdiri dari kalangan para ulama, pemimpin kerajaan, tokoh masyarakat, warga tua, golongan muda dan kanak-kanak kelihatan tidak sabar lagi menanti saat itu setelah beberapa tahun mereka tidak putus-putus berdoa kepada Allah Ta’ala agar Syeikh Mohammed Ali al-Moayyad dan pembantunya Mohammed Zaid dibebaskan dari penjara di Amerika Syarikat.

Segalanya bermula pada 10 Januari 2003, apabila Syeikh al-Moayyad dan Zaid ditahan dalam satu perancangan kotor yang telah diatur oleh dua orang pengkhianat bangsa dan agama. Mereka menjalankan kerja risikan bagi pihak FBI. Salah seorangnya bernama Mohammed al-Anisi.

Syeikh al-Moayyad dan Zaid telah dibawa ke Jerman dikatakan untuk tujuan perubatan. Semasa sedang menunggu di Lapangan Terbang Frankfurt, mereka telah ditahan. Mereka berada di Jerman selama lebih 10 bulan dan dihadapkan ke mahkamah sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk dibicarakan pula di negara itu.

Pada 17 November 2009, Syeikh al-Moayyad dan Zaid tiba di Amerika Syarikat. Di sana mereka ditempatkan di salah sebuah penjara yang dikatakan terburuk selepas Guantanamo. Kedua-duanya menerima penyeksaan yang lebih teruk daripada apa yang diterima di penjara Jerman.

Syeikh al-Moayyad adalah tokoh yang sangat dikenali di Yaman kerana sifat murah hatinya sehingga digelar ‘bapa kepada orang-orang miskin’. Beliau memiliki kilang roti yang beroperasi untuk kebajikan orang-orang miskin yang kelaparan dan membantu sekolah-sekolah agama.

Beliau pernah menghadapi kecaman AS kerana menyokong perjuangan Hamas dan dikatakan telah berjanji untuk menyalurkan US 2 juta dolar kepada pergerakan Hamas dan pertubuhan al-Qaeda. Atas tuduhan ini, beliau sangat dikehendaki oleh FBI dan CIA.

Tidak lama setelah penangkapan tersebut, Mohammed al-Anisi yang memberikan maklumat kepada FBI dan bertanggungjawab merancang penangkapan itu telah melakukan tunjuk perasaan di hadapan bangunan White House di Washington sambil mengugut untuk membunuh diri.

Insiden itu berakhir dengan tindakannya membakar diri di hadapan bangunan pentadbiran AS tersebut. Para pemerhati berpendapat tindakan terdesaknya itu dibuat kerana kegagalan pihak FBI membayar upah lumayan daripada kerja risikan yang telah dilakukan sehingga tertangkapnya Syeikh al-Moayyad.

Kisah Mohammed al-Anisi ini sering disebut-sebut sebagai contoh kemunafikan yang nyata di zaman ini. Begitu hinanya hidup menjadi barua Amerika dan mati dalam kesesatan.

Pada pagi Selasa itu, kira-kira jam 8 pagi Syeikh al-Moayyad dan Mohammed Zaid selamat kembali ke tanahair mereka. Sebaik sahaja turun dari pesawat, Syeikh al-Moayyad terus sujud syukur. Di antara tokoh yang awal menemui beliau ialah Syeikh Abdul Majid al-Zindani dan Presiden Ali Abdullah Saleh.

Beribu-ribu manusia mengalirkan airmata kegembiraan apabila diberitahu tentang ketibaan mereka. Ramai yang tidak dapat menyaksikan wajah mereka berdua dan hanya sebahagian yang dapat melihat kelibat serban putih yang melilit kepala beliau dari jauh sebelum beliau menaiki kenderaan untuk beredar ke Hospital Universiti Sains dan Teknologi bagi pemeriksaan kesihatan.

Di situ beliau didatangi cucu-cucunya yang belum dilihat. Seorang demi seorang mereka mencium dahi datuk yang tidak pernah ditemuinya. Di situ juga beliau dikunjungi beberapa orang wartawan.

Syeikh al-Moayyad sempat menceritakan pengalamannya kepada akhbar al-Sahwah. Temuramah tersebut disiarkan pada keluaran 13 Ogos 2009.

Apabila ditanya tentang perasaannya selepas dibebaskan, beliau menjawab, “Manusia ketika berasa sangat lapar, bagaimanakah perasaannya ketika dibawakan makanan? Dia tidak tahu dari mana hendak mula dan apakah yang hendak dimakan. Sedangkan semalam, dia sangat memerlukan makanan..”

Katanya, “Kami telah melalui tempoh 6 tahun 7 bulan, sepertimana yang dihitung oleh sebahagian orang selama lebih 56 ribu jam merengkok dalam penjara, terasing dan jauh dari keluarga, anak-anak dan tanahair.”

Beliau juga menceritakan pengalaman ketika menyambut Aidilfitri, “Pada hari raya, saya tidak tahu bahawa hari itu adalah Aidilfitri, tiada orang untuk saya ucapkan selamat. Lalu saya mengucapkan selamat hari raya kepada diri sendiri, saya bersalam dengan tangan kanan saya menjabat tangan kiri sambil mengucapkan selamat Aidilfitri al-Mubarak.”

Tekanan sangat dirasakan apabila beliau dilarang daripada mendirikan solat. “Pada hari-hari permulaan, saya dibenarkan untuk solat. Kemudian beberapa orang pengawal mula bertanya tentang perbuatan yang saya lakukan. Maka saya beritahu mereka bahawa saya sedang solat, lalu mereka melarang saya.”

Apa pun, semua itu dapat diatasinya kerana solat tetap menjadi keutamaan bagi seorang muslim. Syeikh al-Moayyad merasa bersyukur kerana beliau dibenarkan memiliki mushaf al-Quran semasa berada dalam penjara dan beliau juga banyak menghabiskan masa dengan menulis.

Dalam penjara, Syeikh al-Moayyad menemui beberapa tahanan sepertinya yang juga dituduh terlibat dengan aktiviti keganasan. Di antaranya seorang tahanan dari Filipina dan seorang dari Palestin. Mereka juga tidak mendapat pengadilan yang sewajarnya.

Dalam perbicaraan berat sebelah yang dijalankan, Syeikh al-Moayyad dijatuhkan hukuman penjara selama 75 tahun manakala Mohammed Zaid menerima hukuman 45 tahun.

Dalam kehairanan, mereka dijanjikan pengampunan sekira bersedia untuk membuat pengakuan bersalah. Dengan pengakuan bahawa mereka sememangnya berniat untuk menyokong pergerakan Hamas, mereka boleh dibebaskan dengan beberapa syarat.

Walaupun dijatuhkan hukuman 75 tahun penjara, Syeikh al-Moayyad tidak pernah berputus asa daripada pertolongan Allah. “Harapan saya sangat besar, harapan dan keyakinan saya kepada Allah tidak pernah luntur walaupun untuk seketika,” ujarnya.

Akhirnya dengan rahmat daripada Allah Ta’ala, mereka berdua dibebaskan daripada segala tuduhan kerana tiada bukti kukuh untuk disabitkan dengan dakwaan. Ternyata kesabaran dan doa yang dipanjatkan kepada Allah selama bertahun-tahun itu tidak sia-sia.

Sepanjang 6 tahun 7 bulan itu, Syeikh al-Moayyad tidak dapat bertemu dengan pembantunya Mohammed Zaid. Semasa perbicaraan, mereka hanya mampu berpandangan daripada jauh. Mereka mula bertemu semula di Konsulat Yemen di New York setelah dibebaskan daripada tuduhan.

Syeikh al-Moayyad merakamkan rasa terima kasih kerana kehadiran dan sokongan rakyat kepadanya. Menurutnya semua ini menunjukkan makna persaudaraan. Beliau juga memohon agar kaum muslimin tidak melupakan saudara-saudara muslim yang masih berada dalam tahanan.

Sememangnya menjadi kewajipan kita semua untuk berdoa serta turut merasai penderitaan saudara-saudara kita yang dizalimi di Guantanamo dan di mana-mana sahaja. Pembebasan ini bukanlah bermakna segala-gala sudah selesai.

Jumaat minggu lalu, kami mengunjungi Syeikh Hazza’ al-Misywari iaitu menantu kepada Syeikh al-Moayyad untuk mencari ruang agar kami dapat menziarahi beliau.

Sayangnya, Syeikh Hazza’ mengatakan bahawa keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk menerima terlalu ramai tetamu yang datang. Kemungkinan beliau akan ke Arab Saudi untuk mendapatkan rawatan dalam waktu terdekat ini.

Sunday, August 23, 2009

Berdakwah dengan Hati

0 comments
komunikasi efetifdakwatuna.com - “Maka disebabkan rahmat Allah atasmu, kamu berlaku lemah lembut kepada mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkan mereka dan mohonkanlah ampun bagi mereka…”(QS.:3:159)

Saudaraku, Sejarah telah memaparkan pancaran pesona akhlaq Rasulullah dalam perjuangan dakwah beliau sebagai suri teladan bagi kita (QS.:33:21). Kemudian Allah SWT menguatkan dengan firman-Nya “wa innaka la’alaa khuluqin ‘azhiim. Dan sesungguhnya engkau memiliki akhlak yang mulia.”(QS.:68:4). Tentunya ini merupakan pelajaran yang sangat berharga bagi kita. Rumusan nyata dan gamblang tentang model manusia terbaik. Maka siapa yang ingin berhasil dalam mengemban tugas dakwah sebagaimana Rasul, hendaklah mengikuti jejak langkah Rasulullah dan menerapkan akhlaq Rasulullah dalam segenap aktivitas kehidupannya.

Dulu sering kita jumpai keluhan-keluhan dan kekecewaan terhadap penanganan dakwah di kalangan para mutarobbi –binaan atau murid ngaji atau anggota tarbiyah-. Fenomena berjatuhannya para aktivis dakwah, ditambah lagi dengan ketidaksukaan mereka terhadap pola dakwah ternyata – menurut mereka – disebabkan karena seringnya mereka menerima perlakuan yang tidak bijaksana.

Jawaban sederhana dari permasalahan di atas boleh jadi karena ketidak utuhan kita dalam meneladani Rasul atau bahkan mungkin karena kita belum mampu menanamkan akhlaq Rasul pada diri mereka. Akibatnya kita sering tidak sabar dan tidak bijaksana menyikapi mereka, sementara merekapun terlalu mudah tersinggung dan cengeng menyikapi teguran dan nasihat yang mereka anggap sebagai pengekang kebebasan. Komunikasi yang tidak sehat ini sebenarnya bisa diatasi dengan menyadari sepenuh hati akan begitu pentingnya penanaman dan penerapan akhlaq Rasulullah dalam berbagai pendekatan dakwah. Ditinjau dari segi juru dakwah, keinginan meluruskan, teguran, penugasan, sindiran dan sebagainya sebenarnya dapat dikemas dengan akhlaq. Begitupun dari segi mad’u –peserta dakwah atau yang didakwahi- ; ketidakpuasan, ketersinggungan, perasaan terkekang dan kejenuhan juga dapat diredam dengan akhlaq. Akhlaq menuntun kepada kemampuan untuk saling menjaga perasaan, saling memaklumi kesalahan dan mengantarkan kepada penyelesaian terbaik.

Banyak murabbi –pembina atau yang mentarbiyah- yang dikecewakan dan ditinggalkan binaaanya, tapi dia mampu mengemas luka itu dengan empati dan terus mendoakan kebaikan bagi binaannya. Bahkan diiringi harapan suatu saat Allah swt. mengembalikan binaannya dalam aktvitas dakwah, walaupun mungkin bukan dalam penanganannya. “Mungkin dengan saya tidak cocok, tapi semoga dengan murabbi lain cocok”. Ada mutarabbi yang diperlakukan tidak bijaksana oleh murabbinya namun akhlaq menuntunnya untuk mengerti dan menyadari bahwa murabbinya bukan nabi, sehingga dia tidak dendam dan menjelek-jelekkan murabbinya, melainkan tetap merasa bahwa murabbi dengan segala kekurangannya telah berjasa banyak padanya. Dia tidak membenci dakwah meskipun dia dikecewakan oleh seorang aktivis dakwah.

Di antara nilai-nilai akhlaq yang semuanya mesti kita tanamkan dalam diri kita masing-masing adalah dua nilai yang cukup relevan dengan kelancaran dakwah, yaitu kelembutan dan rendah hati.

Kelembutan adalah perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam upaya menyayangi, menjaga perasaan, melunakkan dan memperbaiki orang lain. Kelembutan adalah kebersihan hati dan keindahan penyajian yang diwujudkan dalam komunikasi lisan maupun badan. Bukanlah kelembutan bila ucapannya lembut tapi isinya penuh dengan kata-kata kasar menyakitkan (nyelekit). Bukan pula kelembutan bila menyampaikan kebenaran tapi dengan caci maki dan bentakan.

Berwajah manis penuh senyum, memilih pemakaian kata yang benar dan pas (qaulan sadidan), memaafkan, memaklumi, penuh perhatian, penuh kasih sayang adalah tampilan kelembutan. Wajah sinis, penuh sindiran yang terkadang tanpa tabayyun, buruk sangka, ghibah, mendendam, emosional merupakan kebalikan dari sifat kelembutan.

Rendah hati merupakan perpaduan hati, ucapan dan perbuatan dalam upaya mendekatkan atau mengakrabkan, melunakkan keangkuhan, menumbuhkan kepercayaan, membawa keharmonisan dan mengikis kekakuan. Angkuh, sok pintar dan hebat, merasa paling berjasa, merasa levelnya lebih tinggi, minta dihormati, enggan menegur atau menyapa lebih dulu, tidak mau diperintah, sulit ditemui atau dimintai tolong dengan alasan birokratis, menganggap remeh, cuek dan antipati merupakan lawan dari rendah hati. Allah swt. berfirman dalam surah Asy Syu’araa ayat 215 “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang beriman yang mengikuti kamu.”

Bila Rasulullah saw. saja dengan berbagai pesona dan kelebihannya diperintah untuk tawadhu (dan Rasul telah menjalankan perintah itu), tentulah kita yang apa adanya ini harus lebih rendah hati. Rendah hati terhadap murabbi, rendah hati terhadap mutarabbi dan rendah hati terhadap seluruh orang-orang beriman menunjukkan penghormatan kita pada Rasul dan pada kebenaran Al-Qur’an. Sebaliknya, keangkuhan dan perasaan lebih dari orang lain menandakan masih jauhnya kita dari Al-Qur’an dan Hadist.

Saudaraku, Marilah kita lebih mengaplikasikan apa-apa yang sudah kita ketahui. Betapa pemahaman kita tentang pentingnya akhlak dalam mengantarkan pada kesuksesan dakwah mungkin sudah cukup mumpuni. Namun tinggal bagaimana kita terus meningkatkan penerapan nilai-nilai akhlaq itu dalam kehidupan kita sehari-hari, khususnya dalam mengemban tugas dakwah. Telah dan akan terus terbukti bahwa sambutan masyarakat terhadap dakwah adalah di antaranya karena pesona akhlaq kita, kelembutan kita, memaklumi, mengingatkan dan meluruskan mereka dan kerendahhatian kita untuk terus bersabar mendekati dan menemani hari-hari mereka dengan dakwah kita. Dalam konteks khusus pun demikian, betapa kelembutan dan kerendahhatian ternyata lebih melanggengkan atau mengawetkan binaan-binaan kita untuk terus berdakwah bersama kita.

Saudaraku, Hendaknya dari hari ke hari kita terus mengevaluasi diri, membenahi akhlaq kita dan memantaskan diri (sepantas-pantasnya) sebagai seorang juru dakwah. Memang kita manusia biasa yang penuh salah dan kekurangan, namun janganlah itu menjadi penghalang kita untuk bermujahadah diri menuju kepada kedewasaan sejati. Masa lalu yang kasar dan angkuh hendaklah segera pupus dari diri kita. Kita mulai membiasakan diri untuk lembut di tengah keluarga, di antara aktivis dakwah hingga ke masyarakat luas. Kita mesti melatih kerendahhatian di tengah murid-murid kita, dengan sesama aktivis, pada murabbi kita hingga ke seluruh masyarakat. Dan pada akhirnya nanti insya Allah kita dapatkan keberhasilan dakwah Rasulullah terulang kembali, lewat hati, ucapan dan perbuatan kita yang telah diwarnai nilai-nilai akhlaq.

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ

“Serulah mereka ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik, dan bantahlah dengan cara yang baik pula. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS 16:125). Allahu a’lam
 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template