Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 20, 2009

SELAMAT DATANG SAHABAT DARI BRUNEI


Berbahagia rasanya menyambut kedatangan sahabat daripada Brunei Darussalam, mereka datang bersama rombongan sempena musim cuti sekolah. Aktiviti melawat amatlah menyeronokan apatah lagi ke negara lain. Di Bintulu acara sambutan dilakukan oleh sahabat-sahabat di Bintulu. Seawal pagi 20hb Jun 2009, program bermula dari kuliah subuh di Masjid Assyakirin dan pengisian pada jam 8.00 oleh Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli. Semua dijemput hadir di MAQ. (Madrasah Al-Qur'an. Kampung Baru Bintulu)

Seterusnya lawatan ke MLNG, Taman Tumbina dan Pantai Tanjung Batu Bintulu. Pada sebelah malamnya sesi perkongsian tarbiyah dari sahabat Bintulu dan Brunei dilakukan. Sesunggunhnya lawatan yang singkat ini memberi makna yang baru dalam kehidupan iaitu untuk menaikan kembali semangat dan keinginan untuk berperestasi dalam dakwah. Semoga kedatangan ke Bintulu memberi makna baru dalam rehat dan satai yang bererti.

0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template