Related Posts with Thumbnails

Friday, June 19, 2009

Blog tempat rehat dan rekreasi.


Mauduk tulisan ini agak pelik, sepatut tempat rekreasi adalah di taman-taman yang indah atau pun di pinggir pantai. Selama ini juga saya tidak gemar berpolimik lantaran kerana akan sentiasa berhujah untuk menegakkan setiap hujah dalam usaha untuk menyatakan kebenaran masing-masing. saya tidak minat, pun begitu minda dan intelektual boleh berkembang dengan berhujah atau berbahas. Selagi kita banyak membaca tentu banyak pengetahuan yang kita perolehi daripadanya dan kerana itulah harus dimantapkan dengan wancana yang segar serta mendidik. Pada saya tidak timbul soal niatnya untuk apa, kerana ianya akan menghambat motivasi seseorang untuk berperestasi. Kita tidak harus prejudis kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan minat. Menampung kekurangan antara satu sama lain adalah lebih baik tanpa meragui soal kenapa dan mengapa. Biar niat hanya ditetukan oleh Allah jua.

Anak bangsa selama ini tidak berkembang kognitifnya lantaran kerana stigma kata-kata orang. Apa yang kita perolehi ialah hilangnya daya kreativiti yang sepatutnya berkembang dan mampu membina sahsiah peribadi dan menjadikan tamadun insan terus perkasa. Disinilah kita memahami nilai sejagat yang dipamerkan oleh Rasulullah suri tauladan. Bersangka baik dengan sesiapa jua kerana ganjarannya adalah syurga. Hidup ini luas dan saling menampung malah saling memerlukan antara satu sama lain.

0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template