Related Posts with Thumbnails

Friday, June 19, 2009

INDAHNYA.....


Pukul 2 pagi, saya nyaris tidak mampu menahan rasa mengantok yang teramat sangat. Besok harus bangun awal pula iaitu menjalankan tugas rutin menjadi driver anak-anak yang kesekolah.

ahh..betapun demikian saya tetap bekeras ingin mencatit tentang keindahan wilayah ini. Di Holand, betapa cantik dan damainya tempat ini. (Gambar sebelah) saya tertegun dengan keindahan landskapnya.

Sentuhan seni yang tajam akan menjadikan alam memukau, pun begitu daya kreativiti amat penting sekali, tadi pun telah saya rungkaikan tentang pandai membuat blog. pada saya ramai yang pandai namun tidak ramai yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi.

Di sekolah murid-murid dimomokkan dengan nilai dan hasil ujian semata bukan untuk mencipta. kognitif kanak-kanak menjadi lemah bah kan apabila sudah dewasa malah semakin kurang.

Dari kaca mata saya untuk membangunkan sebuah tamadun insan yang cemerlang amat perlu kepada sentuhan seni yang tajam iaitu daya kreativiti yang tinggi. lihat saja tamadun islam dimasa lalunya. Sepanyol misalnya, betapa indahnya Islam bangkit mendaji tamadun yang kekal dan indah walaupun telah tidak memerintah lagi.

Keindahan akan menjadikan kita sebagai hamba yang akan sentiasa bersyukur dengan kejadian alam yang diciptakan oleh Allah. Menunjukan kebesaran dan keagunganNya. Apakah kita hambanya yang sentiasa bersyukur. ?

0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template