Related Posts with Thumbnails

Saturday, August 15, 2009

FORUM AMBANG RAMADHAN


Alhamdulillah tadi malam saya berkesempatan menghadirkan diri dalam program Forum ambang Ramadhan anjuran badan-badan Islam di Bintulu, ianya sebuah program yang meriah dan ramai juga yang hadir mendengar forum tersebut. Sebaik sahaja pulang dari Sibu saya menyempatkan diri untuk berehat seketika di rumah. paling malang saya tidak Call saudara Poul..my bos. Sepatutnya saya ada tugasan yang perlu disiapkan bersama beliau.

Seketika minda saya menerjah keluar daerah fikir, hidup ini asyik selalu kejalan yang salah. begitulah jika nafsu yang mengemudi akal, alangkah baiknya jika akal yang mengemudi nafsu. tentu kesalahan dalam bentuk apa jua mampu dihindarkan. Lewat permikiran yang agak panjang saya terkesima sendiri. Skop dakwah ini luas kata kawan saya. memang pun betul dan benar kenyataan tersebut. Kendatipun demikian semangat tidak seluas medan dakwah yang terhampar di hadapan mata dengan segala cabarannya. Lemahnya semangat dan cita-cita akan menghambarkan perjuangan untuk tujuan mardatillah.


0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template