Related Posts with Thumbnails

Monday, November 16, 2009

Kunjungan Ke Kapit


Oleh : Ismawi bin Ishak

Di Kapit Tuan Haji Fadzli mengundang saya ke program beliau, dengan serba kekurangan saya gagahi juga untuk hadir membantu beliau , Pegawai Dakwah HIKMAH Kapit, dan lagi pula pihak Ibu Pejabat HIKMAH memberi persetujuan secara lisan

meskipun tidak ada secebis surat yang saya terima.

Perjalanan ke Kapit mengambil detik waktu yang panjang, bayangkan saya menaiki express jam 1.45 pm dan sampai Kapit pada jam 5.00 pm. Mujur dalam Express begitu nyaman dan terkadang risau juga apabila melihat arus deras Batang Rajang. Saya bergegas ke terminal express, kata juru ticket mesti masuk tepat jam 1.30 pm dan saya sedikit gelabah kerana kereta saya masih belum parking. Maklum sebaik saja sampai Bandar Sibu saya terus ke Terminal Express. Nak pakir dimana....? Saya sedikit bingung. Akhirnya saya sekali lagi bergegas ke Hotel RH dan parking di sana. Alhamdulillah, lantas berlari-lari anak menuju terminal express, lima minit lagi hampir pukul 1.30 pm. Ya Rabb...tabahkan hati ku.

Kiranya inilah kali pertama saya menjejaki kaki ke Kapit. Saya cuma tahu dari Kapit lahir seorang pejuang yang ulung di Sarawak iaitu Temenggong Jugah. Itu pun saya baca dari sejarah pejuang Sarawak.

Sebaik Express merapat warf (dermaga) Haji Fadzli telah menunggu saya, petang itu kami ronda-ronda pekan Kapit. Sememangnya sebuah bandar yang kecil . Masyarakat di Kapit begitu ramah dan kebetulan pula saya memang fasih bertutur bahasa Iban, ramai juga mereka yang beragama Islam. Sedikit sebanyak saya dapat maklumat tentang sosio budaya masyarakat disini setelah diterangkan oleh Haji Fadzli. Beliau hampir 9 bulan bertugas di Kapit, makanya saya tidak hairan kalau beliau dikenali ramai orang di sini.

Saya kira beliau bertuah, selaku pegawai HIKMAH kerja-kerja dakwa adalah tugas yang utama. Buat masa ini beliau berpejabat di Bangunan Mahkamah dan JAIS Kapit. Bangunan yang tersergam indah.

Terkenang cuma saya dan Ustaz Ariffin yang tidak berpejabat. kasihannya. Haji Fadzli memaklumkan kepada saya bahawa mesyuarat akan diadakan esok pada jam 9.30 pagi, asalnya ialah pada jam 2.30 petang lantas saya bertanya bila saya pulang. alhamdulillah dipekan yang kecil seperti Kapit agak mudah untuk menghubungi teman-teman bagi menukar tarikh.


Insyallah esok saya akan membentangkan tentang perlaksanaan program belia Islam yang bakal diadakan di Kapit. Saya dimaklumkan program seumpamanya baru diadakan dalam skala yang agak besar, tahniah Tuan Haji.

Selama ini saya hanya mendengar tentang sungai Rajang yang terpanjang di Malaysia, tak disangka dalam usia sebegini saya mudik sungai Rajang. paling menarik kerja keras orang lama HIKMAH bertapak di Kapit.


Hasil usaha orang lama harus dihargai bahkan mesti diteruskan dengan mantap. kebanyakan penduduk kapit adalah kaum Iban semantara Islam masih sekitar 20 %. Usaha untuk menyemarakkan dakwah harus digiatkan meskipun kosnya agak tinggi. Banyangkan tambang dari Sibu sekitar RM30 dan RM20 paling murah. Hotel pun agak mahal, Hotel bajet kosnya RM100 +++.

Saya di jamu oleh Tuan Haji Fadzli di rumah beliau, sempat juga saya membeli buah dabai. satu kong RM3 , boleh dikatakan murah kerana di Bintulu satu kong sahaja RM6 ke RM8 . saya beli 2 kong dengan harga RM5.


0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template