Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 14, 2009

Irama Kehidupan 3

0 comments
Rupanya aku semakin jauh dari pelabuhan. Kehidupan atas kapal hanya menyenangkan dikala pagi dan senja. Pun begitu aku harus lebih bersyukur lantaran masih bernafas di Bumi Allah yang luas ini. Aku perkirakan para penumpang yang lain turut sama merasakan apa yang aku rasa. Buktinya saat senja mereka semua mengintai peluang untuk bersantai di anjung hadapan (Luan /bow) kapal dan juga disisi kapal. Begitu juga saat fajar menyising, nampak garis-garis puas pada wajah mereka setelah semalaman berjuang memendam rasa resah dan gusar. Al-Qarni menukilkan ,

"ketika laut bergemuruh,ombak mengunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru. Ya Allah.

Sedikit demi sedikit aku mulai sedar dari lamunan bahawa kehidupan ini tidak seindah sebuah lukisan yang cantik. Kehidupan ini adalah musafir untuk mencari bekal menuju akhirat. Di sana nanti adalah kehidupan yang abadi. Teringat semalam, sebelum aku berlepas pulang, Pak Arif sungguh-sungguh berpesan, Ismawi ! nanti ya kalau sudah pulang jangan lupakan kami. " Datang ke Jakarta lagi ya.". Aku berkemas seadanya sementara barang pun tak ada sangat selain daripada kotak-kotak buku. Sebahagian daripadanya aku simpan di Wisma Malaysia tempat aku melepak saban minggu. Warden Wisma sangat baik hati. Encik Yusuf selalu saja menjamu kami dengan makanan yang enak, isterinya pun suka memasak. bahkan kami penuntut dari Malaysia seperti satu keluarga, tepatnya di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng Jakarta Pusat.

Seketika aku tidak mengendahkan fikiran duka ku tentang arwah datuk, sungguh beliau amat berjasa dalam hayat ku. pada tahun 1993, selepas SPM aku merantau ke Semenanjung, mulanya aku ingin masuk ke Akademi Laut Malaysia, entah macam mana aku tertarik dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Dengan bantuan seorang Pegawai Kemas aku diuruskan untuk pergi kesana tempatnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pertama kali dalam hidupku menaiki kapal terbang. Secara zahirnya aku amat gembira namun aku tidak mampu menadah air mata saat ingin berpisah dengan keluarga. Arwah datuk merenung dengan lirih, entah apa dalam hatinya pun aku tidak tahu. Aku dapat rasainya perasaanya, Mungkin sedih ataukah gembira kerana cucunya pergi belajar dirantau orang. Namun aku tidak pernah melihat dia menangis waima hanya menitiskan air mata sekalipun. Mula dari saat itu aku berpisah dari arwah sehingga kini. (Ku utuskan Al Fatihah buat nya) sambung.......





Tangisan Nik Aziz........

0 comments
Sebenarnya saya malas nak memikirkan ehwal UMNO yang semakin memuakan sesiapa pun sebagai rakyat Malaysia yang mencintai keadilan sosial. Lantas saya mengintai dari dekat peristiwa Tuan Guru NIk Aziz yang membatalkan hasrat untuk menunaikan Haji ke Mekah baitul haram. antara keluhan tuk guru yang saya kutip ;

"Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia,"

"Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini,"

"Saya tidak pelahap sangat untuk pergi ke Makkah dengan ditaja, saya pun ada duit sendiri,"

Terbit perasaan sedih dihati saya apabila mengenangkan insan yang terlepas pahala kecuali pahala niat yang ingin diraih daripada Allah kerana menawarkan Haji kepada seseorang. Raja Saudi pun menawarkan yang sedemikian kepada mana-mana individu yang layak di rantau ini bahkan benua Eropah sekalipun.Maka ianya satu hal yang tidak asing. Batapa UMNO dan juak-juaknya semakin hampir kepada kemusnahan.

Inikah budaya politik UMNO ??? saya semakin tertanya-tanya dan akan menyampaikan kepada ratusan manusia bahawa mereka ini adalah perosak bangsa. Hanya megah mencipta slogan untuk satu Malaysia, rakyat diutamankan hanya dibibir semata.

EHWAL Tuan Guru Nik Aziz

Beberapa minggu yang lalu saya berkesempatan duduk berbincang dengan kalangan Peguam yang terkemuka di Sarawak, Kalau di Bintulu siapa tidak kenal Ali Basah, seorang peguam berbangsa kayan . Poul Raja juga seorang peguam berbangsa Kelabit. Paling menarik adalah pandangan peribadi mereka terhadap keperibadian Tuan Guru Nik Aziz, kekaguman mereka menyebabkan saya merasa lirih betapa insan kerdil di mata tuhan itu amat dikagumi peribadinya dikalangan musuh kawan dan lawan. " yahooo itu Nik Aziz manusia kuat bagus..apa dia orang sana paloi mauk kacau-kacau sama dia. Kami gelak kecil mengenangkan juak-juak UMNO yang sering ingin mengenakan beliau dek kerana politik yang bersulamkan kedengkian.

Saya semakin benci dengan UMNO.

Irama kehidupan....2

0 comments
PULANG

Bahagianya burung asyik berterbangan kesana kemari bagaikan tidak tahu erti penat dan lelah, hanya ada dua sayap padahal lautan itu amat luas dan burung terbang seolah-olah mengejar haluan kapal. Jauhnya beribu-ribu batu. Aku disapa oleh seseorang, "Apa khabar pak, memang bapak dari mana dan mau kemana ?", Aku yang lancar berbahasa Indonesia menjawab dengan tenang meski pun gelodak hati masih belum reda. Di kampung mungkin keluarga sedang kenduri arwah datuk sedangkan aku masih dalam perjalanan pulang. Ya rabb, limpahkan rasa sabar dalam diriku dan permudahkan segala urusan ku. lirih hatiku berdoa. " Errr saya mahu pulang mas..dari Jakarta kok, saya kuliah di Jakarta.

Kami berdua lantas menjadi sahabat, desir angin amat membahagian meskipun sesekali hati diterjah rasa gelisah. Malam semakin dingin menyelimuti tubuh kecil ku. Mujur baju tebal yang menyaluti sekujur tubuhku menyamankan dari rasa sejuk. Malam yang panjang diatas sebuah kapal amat melesukan sesiapa pun, sementara nasib masih belum diketahui jika badai datang menlanda. Geloranya telah banyak mengukir tragedi yang memeritkan. Kapal persiaran yang memuatkan tiga ribu penumpang amat kerdil ditengah-tengah lautan yang luas walaupun bagaikan gergasi ketika berlabuh di pelabuhan. Betapa Allah maha besar dan maha segalanya. Manusia sahaja yang kurang dari rasa syukur. Ya rabb..limpahkan rasa syukur dalam diriku atas segala nikmatmu..Sesekali ingatkan ku kembali ke Al-Manar tempat aku kuliah, Saat pamit memohon izin untuk pulang bercuti Ustaz sempat berpesan agar dibelikan barli, untuk buat minuman katanya. sejujurnya aku pun belum pernah makan apatah lagi membeli barli. Insyallah ustaz gumam ku dalam hati. Sepanjang pelayaran aku tidak mampu pun untuk tidur kerana kapal dilambung ombak. Kadang-kadang terbit rasa gusar dihati , hanya doa yang mengiringi setiap detik waktu. Selepas sholat Isyak aku menjamah makanan malam ku, pelayan kapal begitu ramah, raut wajahnya begitu tenang meskipun aku pasti kami sama-sama memendam rasa gusar lantaran ombak yang semakin membadai. Hanya tawakal penenang hati. bait-bait doa Nabi Nuh aku ratibkan bagi menambah kekuatan diri lantas aku teringat maksud firman Allah ,

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda kebesaran Allah bagi kaum yang memikirkan. (QS 2:164)

Menjelang pagi laut kembali tenang dan orang ramai pun kembali bertamu dipingiran (Starboard) kapal. Ya Allah betapa indahnya ciptaan Mu. Awal pagi di tengah-tengah laut begitu indah dan mendamaikan. Maha benar firmanMu ya Rabb.

Katakanlah, "Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut, yang kamu berdoa kepada Nya dengan merendah diri dan dengan suara lembut ( dengan mengatakan) "Sesungguhnya jika Dia menyelamatkan kami dari (bencana) ini, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur". (Qs 6:63)

Laut yang menyimpan sejuta khazanah dan rahsia alam ini tetap segar menyapa kami . Laut Jawa yang dangkal luasnya 310,000 km2 dipanggil Selat Sunda. Di lautan inilah gugusan kepulauan Indonesia. Begitu banyak sejarah pertempuran berlaku dihamparan laut ini , Pada bulan Februari dan Mach 1942, ketika perang dunia kedua II, armada Pasukan Bersekutu nyaris hancur diserang Jepun. Lantas menyebabkan armada HMAS Perth dan USS Houston berundur ke Pelabuhan Tanjung Periok, dan yang lain-lain bertempiaran menyelamatkan diri. Namun hamparannya merupakan sumber rezeki bagi para nelayan demi menjana ekonomi , malah dilaut ini juga terdapat 3000 lebih spesis kehidupan laut. (bersambung........

Monday, November 9, 2009

Salam dari UK.

1 comments
Lewat hujung minggu seharian saya berkelana di alam maya (internet) nun dikejauhan sana saya mempunyai teman yang sedang menunutut di UK. Perkenalan lewat alam maya tentunya membataskan segala hal kerana masing-masing tidak bertatap muka selain daripada manjaga hal-hal yang syarie dalam kehidupan manusia beragama. Kerananya saya menjadi kagum dnegan bicara yang tulus tentang peradaban manusia segajat. Selama ini Eropah dimomokkan dengan kemajuan dan tingginya nilai budaya lantaran mereka maju dari segi ekonomi dan banyaknya bangunan mencakar langit sehingga menjadi ikutan anak-anak kecil dan remaja yang masih baru menatap dunia...ohhh Amerika ...inilah dunia ku........tanpa mereka tahu betapa ribuan nyawa umat Islam di Afhganistan, Iraq dan kini Iran mereka korbankan demi kuasa dan mereka penjajah yang ditunggangi oleh Yahudi (Israel laknatullah)...wahhh Great Britain.....aku ingin kesana meneroka dunia. Malaysia.....ceh..bahasa melayu..huhu what for.....no class. kekaguman yang menyelinap dalam diri membuat jadi lupa betapa tanah air ini telah dijajah oleh mereka (zaman koloni) yang memunggah khazanah negara tanpa segan dan silu.

Dalam memoir teman saya..betapa kita beriya-iya ingin menjadi orang putih, padahal budaya minum arak, sex bebas pun dianggap sebuah kemajuan. persetankan maruah dan hukum hakam janji moden dan stail orang putih. Manakala pihak kerajaan juga telah memutuskan agar di sekolah harus berbahasa Inggeris melalui sains dan metamatik atas nama nama kemajuan ilmu. alamak....naif betul pemimpin Malaysia. Mereka berkelana diserata dunia tapi mereka buta. German tidak pula begitu namun mereka maju...Iran, Jepun Korea dan lain-lain. Terima kasih kepada rakyat jelata yang tidak lagi ingin dibodohkan seperti otak pepimpinnya yang ingin melihat rakyat negara ini berundur 100 tahun kebelakang.

Nukilan teman saya membuat saya jadi berfikir sejenak, betapa Allah telah menyuruh agar kita berkelana dan mengambil iktibar atas apa yang telah berlalu di masa silam agar kita tidak membuat hal yang sama. betapa mereka Mat salleh (orang putih) tidak ingin pun berbahasa orang lain selain dari bahasa mereka dan kenapa kita beriya-iya...? Orang Malaysia sebenarnya hebat kerana ada nilai dan budaya sendiri tanpa kita terikut-ikut budaya luar yang hanya bertujuan untuk merosak akhlak manusia. Lihatlah anak-anak muda hari ini, mereka nyaris hilang jati diri. Inikah bangsa yang akan mempimpin Malaysia suatu hari nanti ? oh tidakk......ingat wahai sang pemimpin ..jangan kerana kamu pernah menunut di UK . US kamu tebarkan budaya yang hilang maruah dan harga diri lantas kamu selimutkan dengan kata kemodenan dan tuntutan zaman, Kamu agungkan perlembagaan yang mereka cipta untuk diikutkan, ertinya sama saja dijajah dalam aspek akal dan minda. Padahal dunia ini fana, kemana jua akhirnya kita........





DARI HARAKAH : Surat terbuka buat YAB Perdana Menteri Malaysia

0 comments

PDF | Print | E-mail
http://kickdefella.wordpress.com

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Bagi pihak saya dan keluarga saya, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas persetujuan yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Seri untuk memberikan kepada rakyat Kelantan wang bagi mengantikan aktiviti eksploitasi petroleum di blok PM301 di pesisir pantai Negeri Kelantan.

Walaupun suara saya tidak layak mewakili rakyat Negeri Kelantan tetapi saya yakin lebih dari separuh rakyat negeri ini menolak pendirian dan kepentingan politik mereka, secara jelas amat gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri di Dewan Rakyat tempoh hari. Bulan atau Dacing, Wang Ehsan atau Wang Royalti, itu semua politik bagi kami.

Apa yang bukan politik ialah menerusi pengumuman itu, YAB Dato’ Seri telah membuat satu pengakuan rasmi bahawa ada aktiviti ekploitasi petroleum di blok PM301. Kami berharap dalam sedikit masa lagi, akan ada pula pengesahan bahawa adanya aktiviti eksploitasi di blok PM302. Seperti yang saya dimaklumkan blok PM301 dan PM302 akan semakin rancak dieskploit bermula 2011.

MAP EXPLORE AND EXPLOIT PM301-302

Gambarajah 1 (Peta Blok PM301 & PM302)

MAP East Coast of MalaysiaEXPLORE AND EXPLOIT2009

Gambarajah 2 (Peta Aktiviti Petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia)

Yang Berhormat Menteri-Menteri sebelum ini terus menafikan kewujudan ini samada di luar atau di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu.

Tahniah YAB Dato’ Seri kerana memperkasakan wasiat dan falsafah yang dipesakakan dari kepimpinan Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri sendiri.

Saya juga yakin, sebahagian besar rakyat negeri ini, seperti saya dan keluarga saya tidak peduli bagaimana wang tersebut disalurkan. Melalui Kerajaan Negeri atau dikawal terus oleh Kerajaan Pusat, tidak penting. Yang pentingnya ia perlu mencapai sasaran yang digariskan oleh YAB Dato’ Seri iaitu bagi menjana pembangunan negeri dan membasmi kemiskinan. Dan amat juga penting, pihak yang disalurkan kewangan itu dapat menggunakan wang tersebut dengan penuh kejujuran dan memastikan semaksima mungkin dapat dirasai terus oleh rakyat dan bukan oleh pemaju, konsultan dan lain-lain pihak ketiga.

Alangkah baiknya jika sebagai permulaannya sebuah jaringan lebuhraya dua lorong dapat dibina sebagai penyambung jambatan kasih di antara anak-anak di kota-kota besar dengan ayah bonda di kampung halaman.

YAB Perdana Menteri, anak Kelantan ramai merantau mencari rezeki dan mereka terkenal dengan kesetiaan kepada kampung halaman. Setiap kali berpeluang untuk pulang, mereka pasti mengambil kesempatan ini. Bagaimanapun, walaupun jarak menerusi jalanraya yang sedia ada walau tidak lebih 500 kilometer, mereka terpaksa mengambil masa tujuh ke sembilan jam atau pada musim perayaan memakan masa 12 ke 20 jam untuk tiba ke destinasi. Lebih dari itu, mereka terpaksa menyabung nyawa mereka dan keluarga mereka kerana kualiti jalan yang amat buruk dan merbahaya kepada tubuh yang letih akibat perjalanan yang amat lama masanya.

Alangkah indahnya jika perjalanan mereka hanya mengambil masa 5 jam sahaja dan lebih dari itu keselamatan mereka terjamin dengan kualiti jaringan jalan yang baik. Alangkah baiknya jika apa yang Dato’ Seri gelarkan sebagai ‘Wang Ehsan’ ini akan bermula dengan lebuhraya kasih yang merapatkan jarak yang tua dengan yang muda.

YAB Dato’ Seri, rakyat Kelantan sudah biasa dengan diskriminasi politik yang membawa kepada sebahagian mereka dipinggir dalam kenaikan pangkat, hak memperoleh tender dan projek dan juga biasiswa pengajian kerana kecurigaan disebabkan warna hijau dan biru. Akibatnya, mereka amat sensitif dalam tuntutan hak mereka.

Saya mengambil kesempatan ini bukan untuk mempertikaikan keikhlasan pemberian apa yang Dato’ Seri gelarkan Wang Ehsan tetapi meneliti semula penjelasan yang Dato’ Seri buat di Dewan Rakyat berhubung kesahihan pembayaran royalti petroleum. Dakwa Dato’ Seri, seperti Terengganu, Kelantan tidak berhak menerima royalti kerana tiada aktiviti eksploitasi petroleum di dalam jarak 3 batu nautikal dari pantai Kelantan. Apa yang saya faham, maksud Dato’ Seri ialah, seperti Terengganu, aktiviti eksploitasi petroleum di Kelantan ialah di luar apa yang disebut perairan wilayah atau territorial waters.

Menurut wikipedia, perairan wilayah didefinisikan sebagai petikan dibawah.

Territorial Water

Lampiran 1 (petikan wikipedia)

Wiki Graphic

Gambarajah 3 (ehsan wikipedia)

Pertikaian tentang aktiviti eksploitasi petroleum Kelantan diluar perairan wilayah sering digunapakai oleh para Menteri didalam menafikan hak Kelantan.

Saya cuba mendalami tafsiran berhubung 3 batu nautikal mengikut perundangan Malaysia kerana mengikut Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 yang memberi hak ekslusif kepada PETRONAS tidak menyebut langsung hal ini.

Saya menemui ungkapan 3 batu nautikal di dalam Akta Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1969 yang seperti petikan di bawah:

EO 1

Lampiran 2 (Ordinan Darurat – Artikel 3 (1))

EO2

Lampiran 3 (Ordinan Darurat – Artikel 3 (2))

EO3

Lampiran 4 (Ordinan Darurat – Artikel 6)

Berdasarkan konteks perbincangan kita, Akta Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969, menyebut, bagi tujuan Akta 83 Pelantar Benua 1966 dan Akta 95 Perlombongan Petroleum 1966 perairan wilayah bagi sesebuah negeri hendaklah dirujuk sebagai kawasan tidak melebihi 3 batu nautikal dari kedudukan air surut. Oleh yang demikian, apabila pihak Kerajaan Pusat merujuk kepada jarak 3 batu nautikal kesimpulan peribadi saya adalah pihak kerajaan merujuk kepada apa yang diterjemahkan di dalam akta ini.

Oleh yang demikian ia perlulah dibaca bersama dengan Akta 83 dan Akta 95.

Bagaimanapun, ketiga-tiga akta yang dirujuk digubal sebelum akta yang dipanggil sebagai Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974 digubal. Akta 144 ialah sebuah akta yang mewujudkan PETRONAS dan memberi hak ekslusif kepada PETRONAS untuk aktiviti carigali dan ekspolitasi di dalam Perairan Malaysia.

Sebelum Akta 144, menurut Akta 95 pihak berkuasa petroleum bagi perlombongan petroleum di daratan adalah Raja atau Yang di-Pertuan Negeri bagi negeri-negeri berkenaan, manakala pihak berkuasa bagi kawasan luar pesisir pantai ialah Yang di-Pertuan Agong.

95-4

Lampiran 5 (Seksyen 4 (2) &(3) Akta 95 Perlombongan Petroleum 1966)

Apa yang dimaksudkan sebagai daratan dan kawasan tanah di luar pesisir menurut Akta 95 adalah:

95-2

Lampiran 6 (Seksyen 2 Akta 95 Perlombongan Pertoleum 1966)

Akta 83 pula menafsirkan pelantar benua seperti berikut:

83-1

Lampiran 6 (Seksyen 2 Akta 83 Pelantar Benua 1966)

Dan untuk tujuan Akta 83 ini had perairan Wilayah Negeri seperti yang dimaksudkan bolehlah ditafsirkan mengikut Artikel 2 (3) Akta Ordinan Darurat (lampiran 3) yang menjelaskan laut perairan negeri ialah kawasan 3 batu nautikal yang disebut-sebut itu.

Berdasarkan apa yang tercatat diatas, jelaslah bahawa pada suatu ketika dahulu iaitu sebelum Akta 144 digubal, segala urusan pengurusan, pentadbiran dang pengkuatkuasaan di luar dari 3 batu nautikal dari pantai adalah diluar pihak berkuasa sesebuah negeri. Apakah ini melucutkan hak negeri ke atas perairan diluar 3 batu nautikal itu?

YAB Dato’ Seri,

Pada tahun 1974, Akta 144 digubal berdasarkan kebijaksanaan tokoh-tokoh tempatan dan diterajui oleh Allahyarham Ayahanda Dato’ Seri sendiri. Suka saya mengajak YAB Dato’ Seri merujuk lampiran di bawah:

144-5

Lampiran 7 (Seksyen 8 Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

Dalam erti kata lain, setelah penubuhan PETRONAS, segala peraturan, undang-undang dan tafsiran yang terdapat didalam Akta 95 sudah tidak terpakai melainkan seksyen 14 yang saya lampirkan di bawah:

95-6

Lampiran 8 (Seksyen 144 Akta 95 Perlombongan Petroleum 1969)

Pada pendirian saya, Akta 144 adalah sebuah akta yang digubal dengan penuh semangat federalisme terutamanya setelah beberapa kali dirujuk dan dibincangkan dengan pimpinan-pimpinan politik dari Malaysia Timur yang ketika itu sudah terkenal dengan hasil petroleumnya.

144 -1

Lampiran 9 (Seksyen 2(1) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

144-2

Lampiran 10 (Seksyen 2 (2) Akta 144 Kemajuan Petroleum 1974)

Setelah membatalkan kesemua kecuali 1 seksyen sahaja di dalam Akta 95, Akta 144 memberi kuasa penuh kepada PETRONAS secara ekslusif bagi aktiviti petroleum di Malaysia bagaimanapun ianya hanya setelah suatu surat cara ditandatangani.

Apabila Akta 144 membatalkan hampir kesemua tafsiran dan seksyen kecuali seksyen 14 Akta 95 dengan itu hubungan antara Akta 144 dan Akta 83 tidak diwujudkan sama sekali. Tanpa hubungan di antara Akta 144 dengan Akta 83, saya tidak melihat bagaimana Akta Ordinan Darurat 1969 digunapakai dalam menafsirkan perairan wilayah.

YAB Dato’ Seri,

Akta 144 jelas menyebut di dalam seksyen 2(1) yang antara lainnya saya petik seperti berikut,

“…samada di pantai atau di luar pantai Malaysia”

Kalimah di pantai ialah onshore dan di luar pantai ialah offshore mengikut naskhah asal di dalam Bahasa Inggeris. Kalimah perairan wilayah langsung tidak tercatat walau sebahagian pun di dalam terjemahan Bahasa Melayu. Perkataan territory atau waters atau sea pula langsung tidak terdapat langsung di dalam dokumen asal Bahasa Inggeris.

Oleh yang demikian timbul kemusykilan apabila YAB Dato’ Seri berpendapat royalti minyak tidak patut dibayar kepada Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang termaktub dalam surat cara yang ditandatangani pada 9 Mei 1975.

Sukacita saya melihat tafsiran pantai dan luar pantai di dalam Akta 144 berdasarkan Artikel 1 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan seperti di bawah,

Artikel 1 (2)

Negeri-negeri Persekutuan adalah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu.

Artikel 1 (3)

Bergantung kepada klausa (4) Wilayah bagi setiap negeri tersebut dalam klausa (2) adalah seperti wujudnya sebelum hari Malaysia.

YAB Dato’ Seri,

DYMM Almarhum Sultan Kelantan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu di King House pada 21 Januari 1948. Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Januari 1948 bersama 8 buah Negeri Melayu lain dan 2 penempatan British iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Dengan itu Persekutuan Tanah Melayu secara rasminya tertubuh pada 1 Februari 1948.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu memansuhkan Malayan Union dan menggabungkan negeri-negeri Melayu buat pertama kalinya dan ia juga mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu terhadap wilayah yang dikuasainya sebelum Malayan Union dilaksanakan.

Menerusi perjanjian pada 21 Januari itu, Kelantan menjadi Negeri Naungan British dan bukan Negeri Jajahan British seperti Pulau Pinang dan Melaka. Undang-undang antarabangsa menafsirkan negeri naungan sebagai,

“merupakan satu wilayah autonomi yang dilindung secara diplomatik atau pun ketenteraan daripada serangan pihak ketiga oleh satu negara atau entiti yang lebih kuat. Sebagai pertukaran untuk ini, negeri naungan biasanya menerima kewajiban yang dikhususkan kepadanya, yang mungkin mempunyai berbeza-beza di antara satu negeri naungan dengan negeri naungan yang lain, bergantung kepada perhubungan sebenar mereka dengan negara yang melindungi mereka. Walau bagaimanapun, negeri naungan mengekalkan satu kedaulatan yang lengkap dan masih satu negara di bawah undang-undang antarabangsa.”

Kelantan merdeka di dalam Persekutuan Tanah Melayu bersama 8 Negeri Melayu dan 2 wilayah jajahan British pada 31 Ogos 1957. Wilayah Kelantan menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ialah seperti sehari sebelum Persekutuan Tanah Melayu merdeka dan begitulah seterusnya apabila ianya menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

Memandangkan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menjamin wilayah setiap negeri yang membentuk persekutuan kekal seperti sebelum tertubuhnya persekutuan, maka tafsiran perairan wilayah sejauh 3 batu nautikal hanyalah merujuk kepada kuasa-kuasa pentadbiran dan pihak-pihak berkuasa negeri. Ia tidak membentuk satu persempadanan baru wilayah bagi setiap negeri.

Dan pada pemahaman saya, ia tidak sekali-kali melucutkan kedaulatan DYMM Raja-Raja Melayu dan dengan itu ia tidak melucutkan hak negeri ke atas perairan diluar 3 batu nautikal itu dari pantai.

YAB Dato’ Seri,

Saya bukan ahli dan jauh sekali pakar dalam jurusan undang-undang tetapi saya merasakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen Malaysia adalah jelas dan mudah difahami tanpa sebarang niat untuk menipu atau mengaburi pemahaman mana-mana rakyat Malaysia. Lantaran ia digubal untuk rakyat menerusi majlis perundangan yang diangkat oleh rakyat, ianya juga haruslah ditafsirkan sebagaimana majoriti rakyat menafsirkannya.

Memang benar, ada undang-undang yang digubal untuk tujuan diskriminasi iaitu memisahkan antara rakyat yang kita istilahkan sebagai melakukan kejahatan dengan yang baik, contohnya.

Tetapi Akta 144 yang digubal sewaktu Allahyarham Ayahanda YAB Dato’ Seri menjawat jawatan yang Dato’ Seri sandang sekarang adalah satu undang-undang yang tidak bertujuan untuk mendiskriminasikan mana-mana pihak, pentadbir atau wilayah. Ia adalah satu undang-undang yang tinggi semangat federalismenya. Memberi hak kepada yang berhak disamping yang berada berkongsi dengan yang tiada. Hati gajah sama di lapah, hati kuman sama dicecah. Begitulah cintanya Allahyarham kepada bumi tumpah darahnya. Begitulah hebatnya pusaka yang ditinggalkan dan kini diwarisi oleh anakandanya.

YAB Dato’ Seri,

Atas semangat 1 Malaysia saya merayu pertimbangan semula oleh Kerajaan Pusat di atas tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung pembayaran 5% royalti petroleum kepada Kerajaan Negeri. Usah dibiarkan jurang pemisah antara kita semakin menebal hari ke sehari. Usah dibiar tersebar fitnah bahawa Bulan dan Dacing adalah penjenayah yang mengakibatkan rakyat menjadi derita.

Walaupun sistem demokrasi kita warisi daripada penjajah tetapi sistem itu terus kita junjung dan sanjung. Datuk dan ayah kita berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis kerana mempertahankan sistem demokrasi. Alhamdullilah, sehingga ke hari ini setiap kerajaan, baik di negeri atau di pusat dalam Persekutuan Malaysia ditubuhkan menerusi sistem tersebut.

YAB Dato’ Seri, sambutlah salam saya dan rakyat Kelantan. Binalah lebuhraya kasih antara kita.

Sekian terima kasih.

Syed Azidi AlBukhary

Kampung Demit, Kelantan

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template