Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 20, 2009

Koleksi Undang-undang Seluruh Dunia

0 comments

  1. ZAMRI kecik's


SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT

* Dilarang mencium istrinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

MAJLIS PELANCARAN RAKAN MUDA SEKOLAH PERINGAT NEGERI SARAWAK

0 comments

Saya berkesempatan bersama meraikan Majlis Pelancaran Rakan Muda Sekolah peringkat Negeri Sarawak . Sedari jam 6.30 pagi telah pun ramai pelajar sekolah di seluruh Bintulu, saya kira begitu. Sebagai petugas sekretariat saya tidak banyak melakukan apa-apa atau tepatnya santai.

Kedatangan pelajar yang begitu ramai tentunya telah dimobilisasi oleh Jabatan Pelajaran kerana Pengarah Pelajaran merupakan pengerusi bersama Majlis Pelancaran tersebut tersebut. Nampaknya program yang mendatang kesan positif seumpama ini sangat didokong oleh mereka. Perlu diingat adalah kesinambungannya yang berterusan bukan sekadar melepas batuk ditangga.



Saya turut menyeru kepada semua anak muda Malaysia ,Bintulu khasnya, raihlah peluang ini untuk menjadi insan yang baik. Jika diambil manfaat daripada program ini tentunya akan lahir insan yang memiliki wawasan yang tinggi dan progresif di kemudian hari nanti.

Sebagai pendakwah saya pula tidak mahu dalam satu kelompok sahaja. Mereka juga perlu siraman tarbiyah, kitalah mengajaknya untuk mengenali manhaj islami agar mereka juga mengubah haluan yang sama . Tapi kita harus bekerja keras. setakat ini saya tidak nampak arah ke sana, kerana kita masing-masing menikus atau menjadi dominan di sebuah kelab yang ekslusif sahaja. (kelab budak baik).

SELAMAT DATANG SAHABAT DARI BRUNEI

0 comments
Berbahagia rasanya menyambut kedatangan sahabat daripada Brunei Darussalam, mereka datang bersama rombongan sempena musim cuti sekolah. Aktiviti melawat amatlah menyeronokan apatah lagi ke negara lain. Di Bintulu acara sambutan dilakukan oleh sahabat-sahabat di Bintulu. Seawal pagi 20hb Jun 2009, program bermula dari kuliah subuh di Masjid Assyakirin dan pengisian pada jam 8.00 oleh Ustaz Ariffin Bin Haji Sebli. Semua dijemput hadir di MAQ. (Madrasah Al-Qur'an. Kampung Baru Bintulu)

Seterusnya lawatan ke MLNG, Taman Tumbina dan Pantai Tanjung Batu Bintulu. Pada sebelah malamnya sesi perkongsian tarbiyah dari sahabat Bintulu dan Brunei dilakukan. Sesunggunhnya lawatan yang singkat ini memberi makna yang baru dalam kehidupan iaitu untuk menaikan kembali semangat dan keinginan untuk berperestasi dalam dakwah. Semoga kedatangan ke Bintulu memberi makna baru dalam rehat dan satai yang bererti.

Friday, June 19, 2009

Blog tempat rehat dan rekreasi.

0 comments
Mauduk tulisan ini agak pelik, sepatut tempat rekreasi adalah di taman-taman yang indah atau pun di pinggir pantai. Selama ini juga saya tidak gemar berpolimik lantaran kerana akan sentiasa berhujah untuk menegakkan setiap hujah dalam usaha untuk menyatakan kebenaran masing-masing. saya tidak minat, pun begitu minda dan intelektual boleh berkembang dengan berhujah atau berbahas. Selagi kita banyak membaca tentu banyak pengetahuan yang kita perolehi daripadanya dan kerana itulah harus dimantapkan dengan wancana yang segar serta mendidik. Pada saya tidak timbul soal niatnya untuk apa, kerana ianya akan menghambat motivasi seseorang untuk berperestasi. Kita tidak harus prejudis kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan minat. Menampung kekurangan antara satu sama lain adalah lebih baik tanpa meragui soal kenapa dan mengapa. Biar niat hanya ditetukan oleh Allah jua.

Anak bangsa selama ini tidak berkembang kognitifnya lantaran kerana stigma kata-kata orang. Apa yang kita perolehi ialah hilangnya daya kreativiti yang sepatutnya berkembang dan mampu membina sahsiah peribadi dan menjadikan tamadun insan terus perkasa. Disinilah kita memahami nilai sejagat yang dipamerkan oleh Rasulullah suri tauladan. Bersangka baik dengan sesiapa jua kerana ganjarannya adalah syurga. Hidup ini luas dan saling menampung malah saling memerlukan antara satu sama lain.

SENI DAN KREATIVITI.

0 comments






p/s Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.

0 comments
SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat.
Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

SIAPA NAK PINJAM KASUT TU...!

0 comments

INDAHNYA.....

0 comments
Pukul 2 pagi, saya nyaris tidak mampu menahan rasa mengantok yang teramat sangat. Besok harus bangun awal pula iaitu menjalankan tugas rutin menjadi driver anak-anak yang kesekolah.

ahh..betapun demikian saya tetap bekeras ingin mencatit tentang keindahan wilayah ini. Di Holand, betapa cantik dan damainya tempat ini. (Gambar sebelah) saya tertegun dengan keindahan landskapnya.

Sentuhan seni yang tajam akan menjadikan alam memukau, pun begitu daya kreativiti amat penting sekali, tadi pun telah saya rungkaikan tentang pandai membuat blog. pada saya ramai yang pandai namun tidak ramai yang mempunyai daya kreativiti dan inovasi.

Di sekolah murid-murid dimomokkan dengan nilai dan hasil ujian semata bukan untuk mencipta. kognitif kanak-kanak menjadi lemah bah kan apabila sudah dewasa malah semakin kurang.

Dari kaca mata saya untuk membangunkan sebuah tamadun insan yang cemerlang amat perlu kepada sentuhan seni yang tajam iaitu daya kreativiti yang tinggi. lihat saja tamadun islam dimasa lalunya. Sepanyol misalnya, betapa indahnya Islam bangkit mendaji tamadun yang kekal dan indah walaupun telah tidak memerintah lagi.

Keindahan akan menjadikan kita sebagai hamba yang akan sentiasa bersyukur dengan kejadian alam yang diciptakan oleh Allah. Menunjukan kebesaran dan keagunganNya. Apakah kita hambanya yang sentiasa bersyukur. ?

KETIKA CINTA BERTASBIH

0 comments
Dinginnya malam belum mahu mengundang rasa mengantok pada diri saya. Beberapa purnama yang lalu saya begitu teruja membaca novel Ketika Cinta Bertasbih. Angin sastera Indonesia asyik bertiup kencang walau meskipun lembut menuangkan rasa nyaman yang tidak terkira saat di wilayah kita sedang gersang dengan siri sastera yang memukau. Tahniah kepada pengarang hebat Ustaz Habib, begitu saya kenali insan ini walaupun belum pernah bersua.

Kini Novel pembanggun Jiwa ini sedang di Filemkan, mungkin yang kedua setelah ayat-ayat cinta. Saat malam menghampar permaidani segarnya saya terkesima kembali dengan isi kandungan dakwah lewat karya yang besar ini. Itu menurut saya. Dewasa ini hati-hati para belia perlu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Pun begitu belum tentu ramai yang ingin membaca karya ini. Manusia pada zahirnya begitu mudah tersentuh jiwanya. saya berharap agar angin yang bertiup lembut di tanah seberang mampu merambat ke wilayah Cinta yang gersang di sini lantas dapat menyirami taman kesegaran hati insan muda di tanah air yang tercinta ini.

Saya menyeru kepada para belia dan beliawanis yang minat membaca, baca lah buku ini, mudahan ada manfaatnya. Ianya bukan sebuah novel cinta semata, akan tetapi bangun mendidik jiwa. Selamat membaca.

PANDAI BUAT BLOG.

0 comments
Aduh... penatnya. berjam-jam lamanya saya berusaha untuk mencantikan blog yang baru ini. Sebuah halaman peribadi. Agar mudah untuk saya berkarya begitulah niatnya. Selama ini saya asyik dengan blog HIKMAH Bintulu. Alhamdulillah tak perlu diubah lagi rasanya. Ketika membuat blog ini saya merayau kemana-mana di alam maya. Akhirnya saya menemui jawapan yang tuntas berkaitan dengan masalah saya. Berblog amat memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi anya bukan semata-mata hanya pandai membuat blog. Tak ubah macam kita membina sebuah rumah yang cantik. orang yang mahir tentang seni sahaja yang memiliki rumah yang cantik pun begitu perlu disulam dengan ketelitian.

Saya juga ingin berusaha semaksima mungkin untuk tujuan itu.

Thursday, June 18, 2009

Selamat datang ke Blog Tunggu Dulu.

0 comments
Para pengunjung yang budiman, selamat datang ke wilayah kebebasan berkarya. selamat membaca.
 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template