Saya berkesempatan bersama meraikan Majlis Pelancaran Rakan Muda Sekolah peringkat Negeri Sarawak . Sedari jam 6.30 pagi telah pun ramai pelajar sekolah di seluruh Bintulu, saya kira begitu. Sebagai petugas sekretariat saya tidak banyak melakukan apa-apa atau tepatnya santai.
Kedatangan pelajar yang begitu ramai tentunya telah dimobilisasi oleh Jabatan Pelajaran kerana Pengarah Pelajaran merupakan pengerusi bersama Majlis Pelancaran tersebut tersebut. Nampaknya program yang mendatang kesan positif seumpama ini sangat didokong oleh mereka. Perlu diingat adalah kesinambungannya yang berterusan bukan sekadar melepas batuk ditangga.
Saya turut menyeru kepada semua anak muda Malaysia ,Bintulu khasnya, raihlah peluang ini untuk menjadi insan yang baik. Jika diambil manfaat daripada program ini tentunya akan lahir insan yang memiliki wawasan yang tinggi dan progresif di kemudian hari nanti.
Sebagai pendakwah saya pula tidak mahu dalam satu kelompok sahaja. Mereka juga perlu siraman tarbiyah, kitalah mengajaknya untuk mengenali manhaj islami agar mereka juga mengubah haluan yang sama . Tapi kita harus bekerja keras. setakat ini saya tidak nampak arah ke sana, kerana kita masing-masing menikus atau menjadi dominan di sebuah kelab yang ekslusif sahaja. (kelab budak baik).

0 comments:
Post a Comment