Related Posts with Thumbnails

Saturday, November 14, 2009

Irama Kehidupan 3


Rupanya aku semakin jauh dari pelabuhan. Kehidupan atas kapal hanya menyenangkan dikala pagi dan senja. Pun begitu aku harus lebih bersyukur lantaran masih bernafas di Bumi Allah yang luas ini. Aku perkirakan para penumpang yang lain turut sama merasakan apa yang aku rasa. Buktinya saat senja mereka semua mengintai peluang untuk bersantai di anjung hadapan (Luan /bow) kapal dan juga disisi kapal. Begitu juga saat fajar menyising, nampak garis-garis puas pada wajah mereka setelah semalaman berjuang memendam rasa resah dan gusar. Al-Qarni menukilkan ,

"ketika laut bergemuruh,ombak mengunung, dan angin bertiup kencang menerjang, semua penumpang kapal akan panik dan menyeru. Ya Allah.

Sedikit demi sedikit aku mulai sedar dari lamunan bahawa kehidupan ini tidak seindah sebuah lukisan yang cantik. Kehidupan ini adalah musafir untuk mencari bekal menuju akhirat. Di sana nanti adalah kehidupan yang abadi. Teringat semalam, sebelum aku berlepas pulang, Pak Arif sungguh-sungguh berpesan, Ismawi ! nanti ya kalau sudah pulang jangan lupakan kami. " Datang ke Jakarta lagi ya.". Aku berkemas seadanya sementara barang pun tak ada sangat selain daripada kotak-kotak buku. Sebahagian daripadanya aku simpan di Wisma Malaysia tempat aku melepak saban minggu. Warden Wisma sangat baik hati. Encik Yusuf selalu saja menjamu kami dengan makanan yang enak, isterinya pun suka memasak. bahkan kami penuntut dari Malaysia seperti satu keluarga, tepatnya di Jalan Hos Cokroaminoto, Menteng Jakarta Pusat.

Seketika aku tidak mengendahkan fikiran duka ku tentang arwah datuk, sungguh beliau amat berjasa dalam hayat ku. pada tahun 1993, selepas SPM aku merantau ke Semenanjung, mulanya aku ingin masuk ke Akademi Laut Malaysia, entah macam mana aku tertarik dengan Perbadanan Kraftangan Malaysia. Dengan bantuan seorang Pegawai Kemas aku diuruskan untuk pergi kesana tempatnya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Pertama kali dalam hidupku menaiki kapal terbang. Secara zahirnya aku amat gembira namun aku tidak mampu menadah air mata saat ingin berpisah dengan keluarga. Arwah datuk merenung dengan lirih, entah apa dalam hatinya pun aku tidak tahu. Aku dapat rasainya perasaanya, Mungkin sedih ataukah gembira kerana cucunya pergi belajar dirantau orang. Namun aku tidak pernah melihat dia menangis waima hanya menitiskan air mata sekalipun. Mula dari saat itu aku berpisah dari arwah sehingga kini. (Ku utuskan Al Fatihah buat nya) sambung.......





0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template