Related Posts with Thumbnails

Tuesday, November 17, 2009

Teman chat.....


Selepas isyak , saya teringat dengan kerja yang masih banyak. Lantaran itu saya bergegas ke pejabat lalu memasang laptop usang milik ku. Menyelesaikan beberapa tugas lalu membolehkan saya mengatifkan YM. Niat asalnya nak menulis " Irama Kehidupan" ermmm ..entah laa. Tak tahu macam mana terbantut pula dek kerana kekurangan ilham.

Saya hanya ber YM dengan seorang sahabat. Nun di kejauhan sana teman saya sedang menanti di papan aksaranya. Macam-macam cerita yang kami bualkan. Saya berterima kasih kepadanya kerana memuji hasil tulisan saya. Sejujurnya saya masih baru dalam dunia penulisan bahkan sedang belajar tetang banyak hal. Pun begitu saya tetap mensyukuri nikmat yang Allah anugerahkan kepada saya. Menulis selain daripada menajamkan minda juga boleh menjadi ruang untuk berehat, bagi sesetangah penulis barangkali. Mungkin tidak semua.

Saya meneka bahwa ada sedikit kepiluan dihati teman saya. Mungkin tidak sepenuhnya. Saya tawarkan sebuah kebahagiaan dengan hanya mensyukuri nikmat tuhan yang memiliki segalanya. "Jangan engkau mengejar kenikmatan, tetapi kejarlah yang Maha Pemberi nikmat, niscaya engkau tidak akan kecewa, kerana Dialah yang sedia Ada sebelum yang lain-lain Nya, Yang mengadakan segala yang ada dan yang kekal setelah yang lain Nya tiada." begitu tazkirah oleh ustaz saya. Hati saya berdoa ...ya Rabb engkau mudahkan segala urusan kami.

Saya ingin benar menjadi manusia yang bermanfaat, walau hanya secebis yang kecil dari juzuk kehidupan. Bermakna bagi orang lain lalu menuai buah dari pohon ikhlas iaitu merasa bahagia dan merasa redho dengan apa yang Allah tentukan.


0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template