Bersyukur dengan apa yang ada membuat aku menjadi semakin tabah dan yakin akan kurniaan Allah terhadap diriku meskipun terkadang menjadi aib bagi ku lantaran saban ketika terpaksa meminjam daripada teman-teman. Namun Allah selalu memberi jalan keluar ketika sedang mengalami kesulitan, dengan keyakinan bahawa Allah maha kaya aku selalu saja berdoa dan yakin akan firmannya "Berdoalah kamu kepada Ku niscaya akan ku perkenankan bagimu ," (QS;Al-Mu'minun 60)
Pun begitu kudrat ku sebagai manusia yang lemah selalu saja merintih tentang kesulitan hidup. wajarlah...sesiapapun akan menghadapi hal yang sama. " Selamat atasmu kerana kesabaranmu, Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu; (QS,Ar, Ra'd : 24) . Sebagai anak aku selalu saja ingin berbakti untuk ibuku, terkadang aku berbohong kerana ingin menyenangkan hatinya, demi untuk memenuhi kehendak ibu yang sekadar untuk hidup menyambung nyawa tuanya. Aku gembirakan hatinya meski hatiku lirih tentang bagaimana aku dapat membantu ibu ku walau hanya membeli sekampit beras buat bekal pulang ke kampung.
Aku tidak boleh duduk diam seperti orang lain, saban hari ku harus menguras akal dan keringat demi menjana pendapatan tambahan dalam diari hidupku. jika tidak demikian mungkin aku harus berlapar sepanjang waktu dan ketika. Namun demikian aku kasihan dengan majikan ku, betapa sebuah NGO pihak pengurusannya tidak mampu mengurus kumpulan kakitangan rendah macam aku sejajar dengan piawaian yang ada. Allahuakbar...
Ya rabb...tabahkan hatiku dan kurniakan aku rezeki yang banyak dan yang engkau berkati lagi redhai.

0 comments:
Post a Comment