Related Posts with Thumbnails

Monday, October 19, 2009

Sepintas lalu


Agak lama akasara ini tidak diketuk, meskipun berhimpun sekian banyak ragam yang ingin dikisahkan. menjelang hujung minggu saya agak sibuk berbincang dengan rakan, niatnya ingin membuat kem musim cuti sekolah. Apa juga saya tidak kisah sangat kerana rakan-rakan sudah semakin berpengalaman mengendalikan kem. Arakian saya sibuk membaca buku kecil tentang seorang pejuang Sarawak iaitu Rosly Dhobi dan tidak saya sedari air mata sedikit menitis membaca surat yang diutuskan oleh beliau. Betapa mereka pewira dimasa lampau. Roh perjuangan membela tanah air tidak harus disia-sia hendakya.

Memang kini tidak ada penjajah yang memerintah negeri kenyalang , namun segala warisan tinggalanya telah lama melekat dalam sanubari setiap warganya, bahkan ada yang memuji koloni itu baik. ah. betapa mereka menikam dari belakang perjuangan suci orang-orang silam termasuk datuk nenek saya. Semut mati kerana gula, orang melayu mati kerana puji...sememangnya mereka dipuji oleh koloni sebagai bangsa yang taat perintah tidak menentang ,ironinya......tanah air ini menjadi belanga emas bagi mereka hingga anak cucu kita tidak punya apa-apa.

Kisah penan...saya ada sedikit darah penan, menyirap darah jika kaum ini dihina. Inilah perjuangan membela bangsa, bukan seperti dulu harus memberontak. tapi kini tahap pendidikan menjadi kayu ukur untuk berjuang membela bangsa supaya tidak terus ditindas dan dizalimi, kepada pemerintah Sarawak jangan pekak telinga dan jangan butakan mata., jangan sampai Negeri berdaulat ini dicaci atau disama direndahkan oleh puak UMNO dek kerana mereka merasa hebat dan bertamadun.

0 comments:

Post a Comment

 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template