Pagi sabtu yang cerah tiba-tiba mendung lalu mengudang hujan lebat yang tidak berkesudahan sampai ke petang. Seawalnya saya bersama teman menghadiri majlis rumah terbuka di sebuah Sekolah dek kerana lambatnya program makan lantas terus berdedar ke Program yang sama akan tetapi berlainan tempat iaitu di Masjid Assyakirin Bahagian Bintulu. Saya bersama Cikgu Rapaie seorang Penyelia Petang SMK Bintulu. Banyak hal yang kami bincangkan berhubung dengan program memantapkan sastera melalui penulisan. Insyallah kami bercadang akan berkerjasama dengan DBP Sarawak bagi menganjurkan program tersebut.
Arakian otak saya berserabut sejak dari semalam, untung saya tak ikut berkempen di Bagan Pinang, namun saya masih berdoa agar perasuah kalah dalam pilihan raya tersebut. HIKMAH ada sedikit memeningkan kepala saya, namun banyak hal yang harus diteladani dalam usaha untuk memperkasakan dakwah dan diri, sabar dan latihan emosi amat penting supaya SQ dapat seimbang dengan EQ.
wah, rupanya dugaan ini begitu banyak macamnya. yang sabar saja akan dapat menang.
Saturday, October 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment