Sebaik sahaja saya membuka halaman Malaysiakini, debaran hati menjadi panas dan ditambah dengan cuaca yang sedang panas. Saya kira YB Jeff Ooi memusuhi Islam serta berniat jahat terhadap tuduhan yang menyabitkan Jemaah Islah Malaysia sebagai sebuah pertubuhan pelampau Agama. Jiwa seni saya terhiris dengan kenyataan yang biadap ini. Saya kira beliau harus sedar dengan impilaksi kenyataan tersebut ditambah lagi sebagai ketua staf Ketua Menteri Pulau Pinang dia seharusnya menjaga lisan dari berburuk sangka.
Mutakhir ini agenda jahat BN dan UMNO semakin menjadi-jadi semata-mata untuk memecah belahkan pakatan rakyat yang masih belum ampuh dari segala serangan dan kecaman. Kenyataan seumpama ini sangat mudah untuk memberi peluang kepada musuh menyerang pakatan dari pelbagai aspek. Saya hanya berharap Jeff Ooi perlu jujur terhadap diri sendiri sehingga melahirkan rasa kerendahan hati untuk lebih terbuka dan tidak memusuhi agama Islam. Tindakan sebegini hanya mengundang malapetaka kepada perpaduan sejagat.

0 comments:
Post a Comment