Related Posts with Thumbnails

Friday, June 3, 2011

Yang dilupakan................

0 comments
Aduhhh kasihannya..Blog Tunggu Teduh Dulu telah lama sunyi dan sepi, tidak ingin menyalahkan Muka Buku akan tetapi itulah hakikatnya. Muka Buku telah menjauhkan saya dari Blog..Jari jemari kecil tidak lagi bermain2 di anksara....Minda pun kurang kreatif kerana kurang mengarang. ahhhhh semua ini alasan untuk tidak berkarya..

Saya memikirkan bahawa Blog adalah medan untuk berkarya, terpulanglah kepada individu, saya akan kembali lagi...mengisi harian blog dengan lebih dinamik..mudahan saya mampu....hehhehehe
salam jumpa lagi.

Saturday, August 14, 2010

Bengkel Celik IT di Marudi

0 comments
anjuran Pejabat Belia dan Sukan, Bahagian Miri, pada 14 Ogos 2010.

Saturday, January 30, 2010

FB oh FB

0 comments
sejak sekian lama blog ini seolah-olah sepi dari pembaca. Terkadang ada perasaan tersisih dan seolah-olah dipinggirkan..selama saya bermain Face Book ..selama itu la blog seakan terlupakan..minta maaf...saya pun merasa kurang enak.daningin menulis semua..

Friday, January 1, 2010

SELAMAT TAHUN BARU 2010

0 comments
Pada teman...kesempatan tahun mesihi 2010 saya ingin mengucapkan selamat tahun baru.. sekejap rasanya 2009 telah pun berlalu. Sepanjang 2 bulan terakhir ini blog Tunggu Teduh Dulu kurang aktif di persada maya. Minta maaf kepada semua pengunjung yang setia selama ini.

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA IEDUL ADHA

0 comments

Monday, November 23, 2009

GOLF, Piala YB Talip Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan Sarawak.

0 comments
(Pro...YB Datuk memukul bola golf)

Hujung minggu hidup saya tidak pernah sepi dari kesibukan bersosial, Sebagai Setiausaha Ranting, juzuk yang paling kecil dalam PBB ,saya terpaksa akur dengan tuntutan kesibukan samaada mengiring YB kemana pun program beliau ketika di Bintulu atau menghadiri mesyuarat HIKMAH yang selalu diadakan dihujung minggu.


(Penyampaian Hadiah..antara pemenang Piala YB Datuk Talib)

(Othman Mat..Penolong Setiausaha PPB, Orang kuat YB)

( Aku....menyibuk jer)


(YB satu flight dengan Tuan Residen Bahagian Bintulu Haji Ismail Bin Haji Hanis)

( Tuan Residen dengan Big Bos Petronas Bintulu)

( YB dengan Timbalannya Abg Saidi)


(Norden, Bos SEDC, Setiausaha , Otman Mat, Zul AJK pemuda PBB,)

Wednesday, November 18, 2009

Berapa GAJI Ku ?

0 comments
Hanya pada Mu aku berserah dan kepada Mu jua aku meminta, pelabuhah hati ku kadang bergelora dengan kesempitan hidup yang melanda, sebagai aktivis dakwah aku hanya menikmati kadar gaji yang rendah berbanding tukang sapu di Pejabat Kerajaan, Elaun sara Hidup RM150 .00 Gaji bulanan RM 418.47. (gaji bersih setelah dipotong) Total gaji bulanan ku RM 568.47. Sementara ansuran kereta aku harus bayar RM570.00 perbulan.. Allahuakbar.

Bersyukur dengan apa yang ada membuat aku menjadi semakin tabah dan yakin akan kurniaan Allah terhadap diriku meskipun terkadang menjadi aib bagi ku lantaran saban ketika terpaksa meminjam daripada teman-teman. Namun Allah selalu memberi jalan keluar ketika sedang mengalami kesulitan, dengan keyakinan bahawa Allah maha kaya aku selalu saja berdoa dan yakin akan firmannya "Berdoalah kamu kepada Ku niscaya akan ku perkenankan bagimu ," (QS;Al-Mu'minun 60)

Pun begitu kudrat ku sebagai manusia yang lemah selalu saja merintih tentang kesulitan hidup. wajarlah...sesiapapun akan menghadapi hal yang sama. " Selamat atasmu kerana kesabaranmu, Maka, alangkah baiknya tempat kesudahan itu; (QS,Ar, Ra'd : 24) . Sebagai anak aku selalu saja ingin berbakti untuk ibuku, terkadang aku berbohong kerana ingin menyenangkan hatinya, demi untuk memenuhi kehendak ibu yang sekadar untuk hidup menyambung nyawa tuanya. Aku gembirakan hatinya meski hatiku lirih tentang bagaimana aku dapat membantu ibu ku walau hanya membeli sekampit beras buat bekal pulang ke kampung.

Aku tidak boleh duduk diam seperti orang lain, saban hari ku harus menguras akal dan keringat demi menjana pendapatan tambahan dalam diari hidupku. jika tidak demikian mungkin aku harus berlapar sepanjang waktu dan ketika. Namun demikian aku kasihan dengan majikan ku, betapa sebuah NGO pihak pengurusannya tidak mampu mengurus kumpulan kakitangan rendah macam aku sejajar dengan piawaian yang ada. Allahuakbar...

Ya rabb...tabahkan hatiku dan kurniakan aku rezeki yang banyak dan yang engkau berkati lagi redhai.
 

TUNGGU TEDUH DULU Copyright © 2008 Black Brown Art Template by Ipiet's Blogger Template